Aktiviti Menyusuri Hutan (Jungle Trekking)

Pada 8 September 2017 (Jumaat),seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang staf Unit Audit Dalam UKM (UAD UKM) dan 2 orang ahli keluarga UAD UKM telah menyertai aktiviti menyusuri hutan (jungle trekking) di Hutan Simpan Kekal UKM. Aktiviti jungle trekking ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) UAD UKM. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi meningkatkan stamina, ketahanan fizikal dan mental dalam mengharungi segala cabaran; mendedahkan tentang keindahan alam sekitar di samping memberi pendidikan kepada pegawai/kakitangan UAD UKM terhadap kehidupan flora dan fauna yang ada; serta memberi ketenangan dan menghilangkan tekanan kerja. Seramai 2 orang Pegawai Penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah sudi menjadi tour guidebagi membimbing dan menunjuk arah sepanjang perjalanan di dalam Hutan Simpan Kekal UKM tersebut.

 

Aktiviti jungle trekking ini dimulakan dengan bacaan doa dan senaman ringkas sebelum perjalanan bermula pada pukul 9.15 pagi. Para peserta telah melalui kawasan hutan dengan laluan yang mencabar dan mengambil masa kira-kira 2 jam sehingga tiba ke destinasi penamat dengan selamat, alhamdulillah. Di sepanjang perjalanan, para peserta turut didedahkan dengan kehidupan flora dan fauna oleh Encik Mohamad Ruzi Bin Abdul Rahman, Pegawai Penyelidik Q44. JKKP UAD UKM mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti yang sihat ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan lokasi yang berbeza.