Pengenalan
Jawatankuasa Pasukan Petugas Pemantauan Penemuan Audit Dalam (J4PAD) dipengerusikan oleh Naib Canselor UKM dan telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil.7/2020 bertarikh 31 Oktober 2020. Fungsinya adalah memastikan setiap pemantauan Audit Dalam diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.
Ahli Jawatankuasa
Pengerusi
Naib Canselor UKM – YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh
Ahli-ahli
- YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail (Timb. Naib Canselor HEPI) @ wakil
- Pn. Norini Mohamad (yang menjalankan fungsi Bendahari UKM) @ wakil
- Tuan Haji Zanudin Mohd Daud @ wakil
- Pn. Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang)
- En. Zolkefli Mohamed (Pengarah Jabatan Pengurusan Prasarana)
- En. Ishak Md Saboo (Ketua Audit Dalam UKM) – Setiausaha
- Pegawai-pegawai Unit Audit Dalam – Urus setia
T.O.R
- Memastikan setiap penemuan audit dalam diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.
- Membuat keputusan atau arahan tertentu kepada pihak yang berkenaan bagi memastikan setiap penemuan audit dalam dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
- Memberikan cadangan penambahbaikan kepada pihak yang berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus, kawalan dalaman dan pengurusan risiko PTJ yang diaudit.