ANTARA hasil perbincangan di Bengkel Persediaan
Pemantauan Projek PTS 2009-2011 yang dianjurkan oleh
pihak Pusat Pembangunan Akademik (PPA), UKM pada 6-8 Januari
2012 di The Thistle Resort & Spa, Port Dickson, Negeri
Sembilan ialah: (1) penubuhan satu jawatankuasa pengurusan
projek PTS di peringkat Fakulti; dan (2) penganjuran Seminar
Pemantauan Projek PTS-FPI 2012.
SATU
kertas cadangan telah dirangka dan dibawa ke pengetahuan dan
perbincangan Mesyuarat Pengurusan Fakulti (MPF) FPI Bil. 283
pada 2 Mac 2012 (Jumaat) dan selanjutnya pihak MPF amat
bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa dan penganjuran
seminar pemantauan tersebut.
SEMINAR
pemantauan ini merupakan susulan kepada satu seminar
seumpamanya, iaitu Seminar Pemantauan Penyelidikan &
Penerbitan Fakulti Pengajian Islam 2010, yang pernah
dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM pada 6
Disember 2010 di Hotel Equatorial, Bangi. Seminar tersebut
bermatlamat untuk mendokumentasikan semua data dari tahun
2007 hingga 2010 yang berkaitan dengan projek Geran
Universiti Penyelidikan (GUP), Fundamental Research Grant
Scheme (FRGS) dan juga Penyelidikan Tindakan/Strategik
(PTS).
MANAKALA,
seminar pemantauan pada kali ini pula bermatlamat untuk
mendokumentasikan semua data dan progres penyelidikan
ahli-ahli FPI yang menerima geran projek Penyelidikan
Tindakan/Strategik (PTS) sahaja dari tahun 2009 hingga yang
terkini, 2011. Secara langsung, seminar ini turut
menyediakan ruang diskusi buat para penyelidik FPI untuk
menzahirkan idea, merangka aktiviti penyelidikan dan
menghasilkan beberapa karya penulisan bermutu, menerusi dana
PTS. Ia turut menjadi titik tolak kepada para penyelidik FPI
untuk menghasilkan penyelidikan berkualiti yang yang
bertunjangkan aspek pengajaran dan pembelajaran (P&) terarah
dalam korpus Pengajian Islam bagi meneruskan kedudukan UKM
sebagai sebuah universiti penyelidikan terulung.
|