KLINIK TERAPI FIZIKAL
PENGENALAN
Klinik Fisioterapi (yang dinamakan sebagai Klinik Terapi Fizikal) ditubuhkan di bawah Program Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan sejak 2008 bagi menyahut aspirasi UKM untuk berbakti menggunakan kemahiran dan kepakaran yang ada kepada komuniti. Klinik Terapi Fizikal ini menawarkan pembelajaran, pengajaran dan juga perkhidmatan Fisioterapi seperti penilaian dan perawatan pelbagai kes yang memerlukan pemulihan jangka pendek atau panjang. Klinik Terapi Fizikal turut menawarkan perkhidmatan saringan dan promosi kesihatan di klinik dan komuniti, disamping menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan terhadap bidang tertentu, khususnya Fisioterapi. Pelanggan kami terdiri daripada individu perseorangan dan daripada kumpulan sasaran khusus, yang dirujuk dari pelbagai disiplin samada dari hospital dan klinik kerajaan serta swasta.
VISI
Kami berusaha memberikan perkhidmatan rehabilitasi Fisioterapi yang komprehensif dan promosi kesihatan yang berkualiti tinggi berasaskan bukti kepada masyarakat dan komuniti setempat.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan berfokuskan pelanggan (client-focused) yang berkualiti, komprehensif dan berpiawaian tinggi dengan penekanan kepada aspek promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan.
- Menyediakan pendidikan kesihatan kepada pelanggan serta komuniti.
- Mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas kepada komuniti.
- Berkerjasama dengan agensi luar dalam menyediakan pelan strategik mengikut keperluan pihak berkepentingan (stakeholder).
- Menyediakan peluang latihan kepada prasiswazah dan pembelajaran berterusan kepada kakitangan ke arah meningkatkan tahap profesionalisma.
- Membantu mengukuhkan Fakulti Sains Kesihatan khususnya dan UKM amnya sebagai pusat penyelidikan klinikal.
RUJUKAN PELANGGAN KE KLINIK FIZIKAL TERAPI
- Kami menerima pelanggan dengan rujukan daripada hospital/ klinik/ institusi kerajaan dan swasta. Kami juga mempertimbangkan kes rujukan sendiri atau tanpa temujanji.
PERKHIDMATAN
Klinik Fizikal Terapi menawarkan perkhidmatan berikut:
a) Perkhidmtan Rawatan
- Penilaian dan perawatan rehabilitasi untuk kes
-
- Kecederaan sukan dan muskuloskeletal
- Kardiorespiratori
- Neurologi
- Peadiatrik
- Geriatrik
- Kesihatan wanita
-
- Pemulihan selepas pembedahan
- Promosi kesihatan dan kecergasan
- Ujian saringan (seperti Lung Function Test, PPE, Ujian Kekuatan Genggaman Tangan, Ujian Stamina)
- Perkhidmatan ke luar
- Servis ke rumah (perseorangan)
- Stroke Rehab,
- Post-surgeri Rehab (TKR, THR, CABG, dll)
- Geriatrik Rehab
- Pediatrik Rehab (Cerebral Palsy, Global Delay Development, Down Syndrome, Spina Bifida, dll)
- Servis ke rumah (perseorangan)
(b) Program khusus yang dijalankan adalah
- Program Seminar
- ceramah dan demonstrasi senaman
- ergonomik dan penjagaan tulang belakang
- bengkel senaman di tempat kerja,
- Program Terapi Berkumpulan
- Program Latihan Keseimbangan dan Peningkatan Fungsi Harian
- Program Rehabilitasi Pulmonari
- Program senaman kalangan obesiti (dewasa dan kanak-kanak)
- Program terapi permainan
- Program kecergasan sukan
- Program antenatal dan postnatal
- Program Rehabilitasi Pilates
- Program Terapi Interaktif
- Program Pendidikan Kesihatan di Komuniti
- Program saringan kesihatan seperti Lung Function Test, PPE, Ujian Kekuatan Genggaman Tangan, Ujian Stamina
- Klinik Khas oleh pensyarah
PROSEDUR PENERIMAAN RAWATAN DI KLINIK TERAPI FIZIKAL
- Sesi rawatan yang diberikan adalah mengikut temujanji. Temujanji boleh dibuat melalui telefon atau hadir ke kaunter pendaftaran Klinik Terapi Fizikal. Beberapa dokumen penting yang diperlukan semasa pendaftaran, pelanggan diminta membawa dokumen berikut pada temujanji pertama;
-
- Surat rujukan
- Kad pengenalan / passport
- Surat jaminan daripada majikan (Staf kerajaan / badan berkanun)
- Kad pesara
- Surat daripada sekolah (pelajar sekolah rendah dan menengah)
- Kad kebajikan (OKU)
2. Lawatan rawatan pertama termasuklah penilaian awal oleh fisioterapi mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Rawatan susulan pula mengambil masa di antara 20 minit ke satu jam.
WAKTU OPERASI
Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 12.00 petang
2.00 – 4.30 petang
Jumaat : 8.00 pagi– 12.00 petang
2.45 – 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Kelepasan Am : Tutup
KENALI FISIOTERAPIS ANDA:
Puan Zainura Abd Karim
Penyelaras Klinik Terapi Fizikal
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
BPT (Hons) (UK), DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Kardiorespiratori
Puan Mahfuzah Ahmad Mokhtar
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
BPT (Hons) (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Neurologi
Puan Fazlina @ Asma Mohd Padzil
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
BPT (Hons) (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Muskuloskeletal
Puan Aida Safra Ruslan
Pegawai Pemulihan Perubatan U41
BPT (Hons) (Malaysia), DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Rehabilitasi Sukan
Cik Siti Nur Akma Kamaruddin
Jurupulih Perubatan U29
DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Pediatrik
PENSYARAH
- Prof. Madya Dr. Nor Azlin Mohd Nordin
- Prof Madya Dr. Devinder Kaur Ajit Singh
- Dr Asfarina Zanudin
- Dr Normala Mesbah
- Puan Nor Azura Azmi
- Encik Mohd Azzuan Ahmad
KEMUDAHAN KLINIK FIZIKAL TERAPI
Kemudahan Latihan Latihan Keseimbangan Jim Pelbagai Guna
berjalan menggunakan
parallel bar bagi
kanak-kanak
Play therapy Ruang senaman Ruang senaman
Aktiviti Jom Aktif Senaman Berkumpulan Program kecergasan sukan
Ruang Rawatan Pediatrik Terapi Interaktif
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi / temui kami di :
Klinik Terapi Fizikal,
Program Fisioterapi,
Fakulti Sains Kesihatan, UKM
Aras 1, Blok D
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
No Tel: 03-92497958/ 01120742516