Cari dalam Jurnal Sains Malaysiana

 

 

Semua serahan manuskrip perlu dilakukan melalui sistem talian di http://ejournal.ukm.my/jsm

 

Mulai 1 Julai 2016, semua kertas baharu yang dihantar dan diterima untuk diterbitkan akan dikenakan caj RM1500 fi penerbitan. Artikel dalam Bahasa Melayu tidak dikenakan sebarang yuran penerbitan. Hanya artikel dalam Bahasa Inggeris sahaja yang dikenakan yuran.

 

SAINS MALAYSIANA diterbitkan oleh Penerbit UKM setiap bulan (12 kali setahun). Jurnal ini mengandungi makalah-makalah dalam bidang Sains Bumi, Sains Fizis, Sains Hayat, Sains Kesihatan dan Sains Matematik. Makalah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

 

Tujuan utama jurnal ini ialah untuk menyediakan saluran bagi menerbitkan karya penyelidikan yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain institusi.

 

Segala pertanyaan mengenai makalah serta perkara yang berkenaan hendaklah dialamatkan kepada:

 

Ketua Editor

SAINS MALAYSIANA

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor D.E. MALAYSIA

Tel: 603-89214917, Faks: 603-89256086

E-mail: jsm@ukm.edu.my

 

 

 

 

Artikel dalam SAINS MALAYSIANA dindeks dan diabstrak dalam Clarivate Analytics (Science Citation Index Expanded/SciSearch®, Journal Citation Reports/Science Edition), SCOPUS (Elsevier Science), Chemical Abstract (USA), Google-Scholar, MyCite, Zentralblatt MATH (Germany) dan ASEAN Citation Index. Faktor Impak - JCR/SE 2022, IF = 0.8, Q4.

 

 

 

Kemaskini terakhir: 21 Mei 2024