Khidmat Bantuan Guaman Percuma di UKM .
OLeh ALIYAH FATIN BT ABDUL AZIZ
Bangi – Kakitangan dan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta masyarakat setempat kini boleh menggunakan khidmat bantuan guaman percuma di Klinik Bantuan Guaman UKM.
Fakulti Undang-Undang (FUU UKM) telah menubuhkan satu butik khidmat guaman yang lengkap dengan pasarana, ia adalah projek kerjasama di antara (FUU UKM) dan Koperasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UNIKEB) berserta sokongan daripada beberapa pihak dalam dan luar UKM .
“Klinik Bantuan Guaman ini dibuka adalah untuk memberikan khidmat nasihat undang-undang serta merealisasikan misi UKM untuk memberi khidmat kepada masyarakat, di samping itu Kinik Bantuan Guaman menyediakan latihan praktikal kepada para mahasiswa Fakulti Undang-Undang UKM di bawah penyeliaan pengamal undang-undang dan para pensyarah yang berkhidmat secara sukarela. Ia juga mendedahkan mahasiswa (FUU UKM) dengan situasi sebenar menguruskan klien secara percuma.” Kata Pelopor dan Pengarah Klinik Bantuan Guaman UKM, Felo Utama Siti Naaishah Hambali.
Beliau juga berkata bahawa sebelum ini, bantuan guaman telah dibuat secara tidak formal, seperti kawan atau jiran yang datang ke fakulti undang-undang untuk menerima khidmat nasihat kes sivil dan syariah. Untuk Klinik Bantuan Guaman ini pelajar Fakulti Undang-Undang UKM juga terlibat untuk memberikan pendedahan situasi sebenar kepada mereka.
“Dari segi operasinya apabila seorang klien datang ke Klinik Bantuan Guaman, klien perlu mendaftar. Kemudian klien akan memberi briefs kepada pelajar bertugas yang telah dilatih untuk menyediakan briefs. Operasi seterusnya pelajar akan merujuk kes tersebut kepada pensyarah yang telah memberi persetujuan untuk memberi khidmat di klinik mengikut bidang kepakaran pensyarah tersebut. Jika tidak terdapat kepakaran tersebut, kes akan dirujuk kepada peguam luar yang bersedia memberi khidmat di klinik. Pihak UNIKEB juga memberi khidmat guaman melalui yang terdiri dari peguam yang berkelayakan. ‘Friends and associates of UKM and UNIKEB’ seperti Selangor Bar Committee. Jabatan Bantuan Guaman Malaysia dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsan . Apabila terdapat kes yang perlu di bawa ke mahkamah maka klinik ini akan memanjangkan kes ini samada ke Selangor Bar Comittee atau Jabatan Bantuan Guaman Malaysia yang akan mewakili klien tanpa bayaran tetapi tertakluk dengan syarat pendapatan bulanan yang telah ditetapkan.
Selepas melengkapkan briefs, para pelajar akan menyediakan draf nasihat guaman setelah melakukan penyelidikan berkaitan kes tersebut secara bertulis dengan diselia oleh pensyarah atau peguam luar. Kemudian satu temu janji akan diadakan di mana klien akan berjumpa dengan peguam atau pensyarah berkaitan dan nasihat guaman akan disampaikan oleh pensyarah atau peguam luar secara lisan dengan kehadiran pelajar yang menyediakan draf nasihat tersebut. Segala maklumat klien adalah dirahsiakan.
Klinik Bantuan Guaman bertempat di Aras 3, Wisma Unikeb, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Ia beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (10 pagi - 4 petang), dan ditutup semasa cuti umum .