UKM Dan PINTAR Foundation Bekerjasama Merealisasikan Program Sekolah Hijau 2012
oleh Siti
Rasyidah binti Nordin
Antara projek yang pernah dilaksanakan
UKM : Satu projek sekolah hijau yang melibatkan kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility (PINTAR) Foundation akan dilaksanakan pada tahun ini dengan melibatkan penyertaan oleh para pelajar UKM serta beberapa pensyarah UKM. Menurut Nurul Huda Zulkifli selaku pembantu penyelidik siswazah, program sekolah hijau ini adalah di bawah nic penyelidikan UKM (Niche Perubahan Iklim) yang diketuai oleh Ketua Niche Perubahan Iklam sendiri iaitu Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah. Tambahan pula, untuk kursus kokurikulum pelajar UKM iaitu HHHC 9118, program ini dapat membantu untuk memenuhi jumlah jam kredit yang diperlukan oleh pelajar.
‘Key Person’ bagi mengadakan program sekolah hijau ini juga adalah Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah sendiri di mana beliau telah memulakannya melalui projek Green R.O.S.E pada tahun 2010 bersama United Engineers Malaysia (UEM) Land dan CIMB bank. Kemudian, meneruskannya dengan program sekolah hijau bersama PINTAR Foundation pada tahun ini. Menurut Nurul Huda lagi, penaung utama projek ini adalah Naib Canselor UKM sendiri iaitu YBhg. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Shahabudin. Apa yang menariknya adalah ketua projek sekolah hijau ini adalah Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) iaitu Prof. Dr. Hazita Azman.
Objektif utama UKM dan Pintar Foundation dalam menjalankan projek ini menurut Nurul Huda adalah untuk memperkenalkan para pelajar sekolah rendah dengan pendekatan R.O.S.E itu sendiri iaitu, mengurangkan (REDUCE), memintas (OFFSET), mengganti (SUBSTITUTE), dan mempertingkatkan (ENHANCE). Seterusnya, dapat menanamkan nilai-nilai hijau dalam kalangan kanak-kanak dan berkembang kepada keluarga serta masyarakat secara umumnya. Pada masa yang sama, projek ini sebenarnya dapat melatih dan mendedahkan pelajar UKM dengan aktiviti khidmat masyarakat dan hubungan industri dalam membina kemahiran kompetensi generik mereka.
Pada projek kali ini penyertaan dibuka kepada pelajar daripada semua fakulti di UKM. Nurul Huda menyatakan bahawa untuk projek kali ini, banyak mesyuarat diadakan bersama pihak PINTAR Foundation dan ahli penyelidik tentang perancangan projek, latihan kepada pelajar UKM, serta perancangan untuk guru-guru dalam sekolah PINTAR Foundation sendiri.
Menurut Nurul Huda lagi, untuk fasa pertama projek ini, sebanyak 26 buah sekolah di sekitar Hulu Klang dan Kuala Lumpur akan terlibat. Antara sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Ramal Dalam, Kajang, SK Pulai Indah, Pelabuhan Klang, SK Semenyih, dan SK Johan Setia,Klang. Pensyarah yang terlibat pula ada diantaranya daripada FSSK juga seperti Dr. Mohd Yusof Abdullah, En. Latiff Ahmad, En Mohd Helmi Abd Rahim, dan En Mohd Nor Shahizan Ali.
“Oleh kerana kali ini kami akan bekerjasama bersama PINTAR Foundation, kami akan jalankan program secara ‘nationwide’ iaitu pada fasa pertama sebanyak 26 sekolah sahaja yang akan terlibat. Jadi, apa yang saya harapkan adalah perkara yang ingin disampaikan melalui program ini kepada kanak-kanak sekolah dapat difahami dan dipraktikkan. Sebagai contohnya, jika sebelum ini mereka tidak menutup air semasa memberus gigi, diharap selepas program ini mereka tidak membazir air ketika memberus gigi. Saya juga berharap, mereka dapat mengajar keluarga mereka tentang perkara yang dipelajari dan berkongsi dengan orang lain.” menurut Nurul Huda semasa berlangsungnya bengkel yang diadakan pada 18 Februari lalu untuk projek sekolah hijau ini.