Restoran Pilihan Warga Kampus
Hj Rosli Bin Kasar
Mahukan sajian makanan yang menyelerakan dan berpatutan? Kafeteria Kolej Tun Hussein Onn wajib menjadi lokasi pilihan anda. Sesuai dengan citarasa warga kampus, kafeteria Kolej Tun Hussein Onn menyediakan pelbagai juadah yang bersesuaian dengan kehendak pelanggannya. Kafeteria kolej Tun Hussein merupakan salah satu kafe yang sering dikunjungi oleh warga UKM yang terdiri daripada pelajar, pekerja, pensyarah dan pelbagai lagi.
Lokasi Kolej Tun Hussein Onn yang terletak di tengah-tengah pusat pentadbiran UKM telah mendorong cafeteria ini menjadi tarikan kepada warga UKM. Selain itu, kafe kolej ini juga turut menyediakan sarapan RM 1.00 kepada pelanggannya. Pelaksanaan sarapan RM` 1.00 ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar mendapatkan sarapan dengan harga yang murah sekaligus dapat memberi bantuan kepada pelajar yang tidak berkemampuan.
Pelbagai juadah yang ditawarkan oleh kafeteria kolej ini kepada pelanggannya. Bermula dengan pakej sarapan RM 1.00, makanan untuk tengahari, minum petang dan juga masakan panas pada waktu malam. Semuanya boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan pasti mengiurkan.Menurut pemilik kafeteria Kolej Tun Hussein Onn , Hj Rosli bin Kasar (gambar disebelah).
Kafeteria ini mula beroperasi pada tahun 1991. Menurutnya lagi kebersihan, keselesaan dan harga yang berpatutan amat dititikberatkan oleh beliau. Hal ini demikian kerana kepuasan pelanggan dari pelbagai aspek amat dititikberatkan oleh beliau sebagai pemilik kafeteria. Kafeteria ini juga telah mendapat gred A untuk kebersihan dan telah diiktirafkan sebagai kafe yang terbersih di UKM.
Harga makanan yang ditawarkan oleh cafeteria ini berpatutan dan tidak mahal. Manakala pelajar dari kolej lain juga turut menyatakan harga yang ditawarkan oleh kafeteria kolej ini berpatutan dan sekaligus dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Selain itu, bagi pelajar yang ingin membuat program, kafeteria ini juga turut menyediakan perkhidmatan katering dengan harga yang berpatutan dan setimpal.
Menurut pelajar kolej Dato Onn, Ainur Atiqah bt Che awang, beliau sangat bersetuju dengan pelaksanaan sarapan satu ringgit, dan berharap pemilik kafe KTHO akan meneruskan lagi program ini sepanjang masa. Jelas beliau lagi, program sarapan satu ringgit membantu warga kampus untuk berjimat cermat terutamanya para mahasiswa.
Seterusnya, di kafe ini juga pelajar perlu menyediakan hanya RM 2.00 untuk menikmati sepinggan nasi, sayur dan telur. Harga yang ditawarkan ini tidak terdapat di mana-mana kolej kecuali di kafeteria kolej ini. Pada bulan Ramadhan pula kafe ini turut menyediakan makanan moreh kepada pelanggannya secara percuma. Menurut pemilik kafe ini juga beliau berniaga bukan sekadar berniaga tetapi turut membantu pelajar yang kurang berkemampuan.