Sila hubungi: +603 89214641

Projek 1

 PROJEK 1

(Ketua: Prof. Dr. Ong Puay Liu)

 

Sub-Projek A : Prof. Dr. Ong Puay Liu (Ketua)
Tajuk Sub-projek : 1R + 3r

Sehingga bulan Disember 2012, penyelidik di bawah sub-projek ini telah mengadakan tinjauan kerja lapangan di Sabah dan Sarawak serta akan menjalankan program pendidikan kumpulan perbincangan terfokus (FGD) dan pengutipan data menggunakan borang soal selidik mengenai keadaan pendidikan orang asli di Ulu Semenyih, Selangor pada 29 Disember 2012. Kini, kumpulan ini telah menghasilkan beberapa hasil penulisan tentang pendidikan di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Sub-Projek B : Prof. Datin Dr. Amla bt. Mohd. Salleh (Ketua)
Tajuk Sub-projek: Kepelbagaian Kependudukan Dalam Kurikulum Sekolah

Bagi tujuan pemurnian kaedah kajian rintis dan mengenal pasti sampel, satu Bengkel Pembinaan Protokol Temubual telah diadakan pada bulan Oktober 2012 yang melibatkan semua ahli penyelidik. Reka bentuk kajian telah dibangunkan dan sampel kajian rintis juga telah dikenalpasti. Selain itu, instrumen protokol temu bual telah dihasilkan dan seterusnya kumpulan ini sedang membuat persediaan untuk menjalankan kajian rintis pula. Pada bulan Disember 2012, penyelidik di bawah sub-projek ini sedang menjalankan temubual kumpulan terfokus mengenai kurikulum pendidikan di sekolah.

Sub-Projek C : Prof. Dr. Ding Choo Ming (Ketua)&Prof. Madya Dr. Shanthini Pillai (Penyelidik Bersama)
Tajuk Sub-projek : Sastera Dalam Kesepaduan Sosial

Penyelidik di bawah sub-projek ini kini di dalam proses membuat tinjauan karya lepas serta kajian perpustakaan dengan pengumpulan bahan sastera dalam pelbagai bahasa (Bahasa Malaysia dan Mandarin) yang melibatkan unsur etnik. Selain itu, konsep 1 R + 3 R dalam sastera Bahasa Tamil dan Sastera Bahasa Inggeris Malaysia ditinjau bagi tujuan membina rangkaian data kesedaran  kesepaduan sosial dalam sastera Bahasa Tamil dan Inggeris di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukan negara bangsa dan masyarakat global. Penyelidik juga telah menghadiri konferens antrabangsa International Conference on Linguistics, Literature and Culture 2012 (ICLLIC) di Pulau Pinang dan Symposium on English Language Arts and Literature (MELTA) di Universiti Malaya untuk meluaskan jaringan serta memperoleh maklumat berkaitan penyelidikan.

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

Leave a Reply