Sila hubungi: +603 89214641

Projek 2

 

PROJEK 2

http://app.mohe.gov.my/dirkpt/gbr/2244_ProfDr.RaduanCheRose.jpg

(Ketua: Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose)

 

 

Sub-Projek A : Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub (Ketua)
Tajuk Sub-Projek:  Meneliti Kemampuan Sistem Perundangan Sedia Ada Untuk Memenuhi Aspirasi Dan Kehendak Berbilang Kaum Di Malaysia

Perkaitan  di antara perpaduan dengan perundangan yang sedia ada secara umum dapat dikenalpasti dengan melihat undang2 sedia ada. Pasukan peyelidik telah menggunakan pendekatan “hard law” (fasa 1) sebagai means untuk dapatan awal kajian ini.Satu bengkel penyelidikan dan perbincangan meja bulat telah diadakan pada bulan Disember 2012 di Kuala Terengganu bagi membincangkan tentang progres terbaru sub-projek dan penyuntingan buku yang juga merupakan output atau hasil penyelidikan terkini. Selain itu, satu Perbincangan Meja Bulat 1/2012- Perundangan Negara, Patriotism, & Kesejahteraan Kaum Malaysia anjuran bersama Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara bakal dianjurkan pada bulan Januari 2013 yang akan datang.

Sub-Projek B : Prof. Madya Dr. Faridah Jalil (Ketua)
Tajuk Sub-Projek : Memahami Kontradiksi Dan Kesinambungan Amalan Federalisme Melalui Penelitian Perlembagaan

Kajian rintis telah dijalankan ke atas 50 orang responden dan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan konsep federalisme di kalangan masyarakat telah dikenalpasti. Sehingga bulan Disember 2012, sub-projek ini kini sedang menjalankan kerja lapangan dengan mengedarkan soal selidik kajian ke seluruh negara. Kini, soal selidik telah siap diedarkan ke beberapa buah negeri seperti Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Sub-Projek C : Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yusof (Ketua)
Tajuk Sub-Projek : Integriti Dalam Kesepaduan Sosial

Sehingga bulan Disember 2012, pasukan penyelidik di bawah sub-projek ini masih dalam proses memasukkan data kajian (key in data) dan membuat tinjauan kajian literatur di Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi mendapatkan maklumat terkini dan bahan rujukan kajian. Selain itu, penyelidik sub-projek ini juga telah selesai aktiviti kerja lapangan mengikut perancangan asal di mana soal selidik kajian telah diedarkan ke seluruh Malaysia.

Sub-Projek D : Dr. Muhammad Reevany Bustami (Ketua)
Tajuk Sub-Projek : Pembina Atau Pembinasa: Kuasa Korporat Dan Csr (Tanggungjawab Sosial Korporat) Dalam Membentuk Kesepaduan Sosial

Sehingga bulan Oktober 2012, sub-projek ini kini berada pada peringkat kajian rintis dengan menjalankan temubual ke atas beberapa responden yang terlibat. Terdapat 2 hasil penyelidikan berbentuk abstrak setakat ini. Kini, penyelidik di bawah sub-projek ini telah beberapa kali mengadakan perbincangan mengenai kajian bagi mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan. Selain itu, penyelidik juga sedang menjalankan kerja lapangan bagi mendapatkan data dan mengenalpasti tahap sumbangan sektor swasta dalam membantu pengukuhan kesepaduan sosial.

 

 

 

Kembali

 

 

Leave a Reply