Sila hubungi: +603 89214641

Projek 3

 

PROJEK 3

(Ketua: Prof. Dr. Mansor Mohd Noor)

 

Sub-Projek A : Prof. Dr.  Mansor Mohd Noor (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Etnisiti Di Tempat Kerja

Sub-projek ini dijalankan berdasarkan kerangka teoretikal di mana analisis struktural  digabungkan bersama teori pilihan rasional untuk memahami pengaruh struktur sosial ke atas tingkah laku manusia dan kedinamikan yang boleh berlaku dalam masyarakat. Satu bengkel telah diadakan pada bulan Disember 2012 bagi membincangkan tentang Pembinaan Indeks Komposit Kesepaduan Sosial dengan mengambilkira beberapa indikator seperti MESRA: kualiti hidup & hubungan etnik, etos bangsa,indeks ketegangan sosial JPNIN, kesepaduan sosial, ikatan sosial, cross cutting ties & relationship sebagai pengukuran sedia ada yang akan dijadikan asas pembinaan indeks tersebut. Kajian rintis pula dijangkakan akan dijalankan pada tahun kedua iaitu tahun 2013.

Sub-Projek B : En. Anis Yusal Yusoff (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Bentuk Dan Intensiti Hubungan Etnik

Sub-projek ini kini telah menyusun pola kepelbagaian etnik ruang utility dan harian kawasan kediaman dan kawasan awam di Seremban. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur, pengamatan, fokus temubual berkumpulan serta soal selidik kajian. Selain itu, ruang identiti mono dan multi etnik telah dikenalpasti melalui proses pengamatan manakala simbol-sibol etnik yang pelbagai juga telah diteliti juga melalui kaedah pengamatan. Hasil penyelidikan berbentuk abstrak dan kertas kerja telah terhasil setakat ini.

Sub-Projek C : Prof. Madya Dr. Junaenah Sulehan (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Model Kesepaduan Sosial Dalam Kalangan Etnik Sempadan

Sub-projek ini kini berada pada peringkat tinjauan data sekunder – pengkalan data dalam bentuk Annotated Bibliography kumpulan etnik di persempadanan dan telah mengadakan sesi perbincangan dan sumbangsaran sebanyak beberapa kali dengan pasukan penyelidik bagi tujuan pengagihan tugas dan penyediaan abstrak persidangan. Penyelidik juga telah mengambil bahagian di dalam Poster Penyelidikan & Pameran PPSPP baru-baru ini.

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

Leave a Reply