Sila hubungi: +603 89214641

Projek 4


       PROJEK 4

(Ketua: Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin)

 

Sub-Projek A : Prof. Madya Dr. Wan Kamal  Mujani (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Wasatiyyah Dalam Kesepaduan Sosial

Pada bulan Disember 2012, pasukan penyelidik di bawah kumpulan penyelidikan ini telah mengadakan bengkel penulisan buku dan artikel serta telah memulakan kerja lapangan dengan mengedarkan soal selidik kajian. Penyelidik juga akan menghadiri satu persidangan antarabangsa di Taiwan pada bulan Januari 2013 akan datang bagi meluaskan jaringan penyelidikan dan mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan kajian.

Sub-Projek B : Dr. Mohd Ibrani Sharimin Bin Adam Assim (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Mengukur Kesepaduan Sosial Melalui Lensa Psikologi Sosial

Pasukan penyelidik telah mengadakan satu Bengkel Pemurnian Instrumentasi Kajian dan Penyediaan Laporan Kemajuan Sub-projek pada bulan Disember 2012. Bengkel tersebut diadakan bagi tujuan mengolah data kompleks yang melibatkan pelbagai pembolehubah kepada bentuk dan penggunaan instrumentasi menurut keperluan kerangka analitikal kajian, mengembangkan penggunaan instrumen analisis Structural Equation Modeling (SEM) kepada metodologi estimation maximum likelihood melalui penggunaan AMOS, LISREL, EQS dan program analitikal kualitatif yang berkaitan, mendapatkan input panel pakar mengenai pembangunan mampan instrumentasi kajian dan menyediakan laporan kemajuan kajian bagi tahun berakhir 15 Disember 2012.

Sub-Projek C : Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Politik Dan Agama Dalam Kesepaduan Sosial: Prejudis Dan Stereotaip

Dapatan kajian telah dianalisis dan kajian lapangan sebenar telah dijalankan. Kajian Rintis yang dijalankan melibatkan 10 orang pelajar etnik Kadazandusun dan 10 orang pelajar etnik Bajau yang berada di Tingkatan 4 dan 6 bawah. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan di Asian Association of Indigenous and Cultural Psychology (AAICP) International Conference 2012 dan kini masih menjalankan perbincangan kumpulan terfokus bersama pelajar sekolah di sekitar Sabah.

 

 

Kembali

 

 

Leave a Reply