Mengenalpasti Pola Prilaku Hubungan Etnik
Ringkasan Cadangan Eksekutif Penyelidikan
Kajian hubungan etnik perlu memulakan kajiannya dengan mengkaji masyarakat, kategori dan dimensi sosial yang terdiri dari etnik, budaya, agama, wilayah, kekeluargaan, kelas, status sosial dan lain-lain. Hanya dengan mengambilkira dimensi etnik dalam perhubungan sosial barulah kita boleh mengenalpasti pola hubungan etnik yang terdapat di Malaysia. Ini bermakna hubungan sosial seseorang itu boleh bersifat etnik and boleh bersifat sosial. Walaupun hubungan individu dari dua etnik yang berbeza sering kali ditakrifkan sebagai etnik tetapi hubungan mereka ini tidak semestinya etnik jika dimensi yang menyebabkan mereka berhubungan adalah sosial seperti kelas, status sosial, hubung sosial seperti jiran, kawan sekerja dan lain-lain. Ini boleh berlaku kerana etnik sebagai pengaruh ke atas tingkah laku manusia mungkin berperanan sebagai akibat atau juga sebagai akibat. Untuk mengenalpasti faktor yang akan pengaruhi hubungan etnik itu, kajian di tempat kerja dan pengawasan tahap hubungan etnik di dalam masyarakat akan dijalankan. Ini penting untuk memastikan adakah hubungan etnik di Malaysia berbentuk etnik yang tebal hingga melahirkan hubungan yang diwarnai oleh salah faham, ketegangan dan konflik atau lebih berbentuk kesepaduan sosial di mana di sebalik perbezaan etnik itu, rakyat pelbagai etnik telah memperakui dan menerima perbezaan etnik yang ada di antara mereka dan telah berkongsi norma hidup tentang kestabilan, kemajuan, keamanan dan kesejahteraan hidup sesama mereka hingga perbezaan itu menjadi perkiraan peribadi dan mereka bertemu dalam ruang sosial berdasar kepentingan bersama yang telah diarusperdanakan.
Objektif Penyelidikan
Kajian ini dijalankan berdasar tujuan penyelidikan berikut:
- Mengenalpasti pola dan intensiti hubungan etnik di Malaysia
- Menganalisis pengaruh ke atas hubungan etnik di Malaysia
- Mencari jalan untuk mengatasi atau mengukuh bentuk dan intensiti hubungan etnik diperhatikan itu
- Mencadangkan strategi dan program untuk meningkatkan kesepaduan sosial di kalangan rakyat pelbagai etnik demi membina negara bangsa 1Malaysia
Kembali
Incoming search terms:
- kesepaduan sosial hubungan etnik
- pola konflik dalam hubungan etnik
- apakah maksud pola konflik dalam hubungan etnik