Sila hubungi: +603 89214641

Sub-projek B (Projek 1): Kepelbagaian Kependudukan Dalam Kurikulum Sekolah

Dr. Mohd Mahzan Awang (Wakil Ketua: Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh)

Dr. Mohd Mahzan Awang (Wakil Ketua: Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh)

Sub-Projek B : Prof. Datin Dr. Amla bt. Mohd. Salleh (Ketua)
Tajuk Sub-projek: Kepelbagaian Kependudukan Dalam Kurikulum Sekolah

Sub-projek ini diketuai oleh Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dianggotai dengan barisan penyelidik bersama dari UKM dan juga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Output bagi kajian ini ialah untuk mengkaji sama ada kurikulum pendidikan negara mengambil kira kepelbagaian  kependudukan di Malaysia.

Latar Belakang Kajian

Mengikut banci penduduk tahun 2010, penduduk Malaysia berjumlah 28.9 juta orang dan kaum Melayu (51.2%),  Cina (22.49%), India (6.57%), kaum bumiputera lain (22.375) serta bukan warganegara (0.07%). Statistik ini menggambarkan  kepelbagaian penduduk di negara ini  dari segi budaya , etnisiti  dan agama. Walaupun lebih 50 tahun merdeka, tahap  penyatuan sebenarnya masih belum wujud  (Wan Hashim 2011). Dalam konteks negara yang berbilang kaum, perpaduan di Malaysia masih lagi “ work in progress” dan memerlukan R & D sosial (Shamsul AB, 2011) kerana  tahap perpaduan di Malaysia berada fasa  ketiga  iaitu  fasa pengukuhan dan pengurusan konflik (JPIN 2010). Tahun 1971-2011  merupakan era kesepaduan sosial  iaitu pemantapan antara masyarakat, negara dan pasaran (Shamsul AB 2011).

Berdasarkan model Integrasi Ali  Mazrui, negara kita sedang berusaha ke arah penggabungan identiti yang mengutamakan  kepentingan negara mengatasi  kepentingan kaum  bagi mewujudkan  identiti yang bersatu tetapi tahap penyatuan sepenuhnya masih belum berlaku kerana konflik kepentingan terus wujud (Wan Hashim  2011). Bagi menangani situasi ini,  Shamsul AB   (2011) menekankan konsep kesepaduan  sosial dan kesepaduan adalah tahap yang perlu dilalui sebelum perpaduan atau prasyarat perpaduan.  Tanpa kesepaduan sosial, perpaduan yang diidam-idamkan sukar untuk dicapai.

Objektif kajian ini ialah:

  1. Mengenal pasti  matlamat dan objektif  kurikulum yang mencerminkan unsur-unsur kepelbagaian
  2. Mengenalpasti kandungan kurikulum yang mencerminkan kepelbagaian
  3. Mengenalpasti sistem penilaian dan pentaksiran kurikulum  yang mencerminkan kepelbagaian
  4. Meneroka aktiviti p & p yang mencerminkan kepelbagaian
  5. Mengenalpasti bahan-bahan p & p mencerminkan kepelbagaian

Bagi tujuan pemurnian kaedah kajian rintis dan mengenal pasti sampel, satu Bengkel Pembinaan Protokol Temubual telah diadakan pada bulan Oktober 2012 yang melibatkan semua ahli penyelidik. Reka bentuk kajian telah dibangunkan dan sampel kajian rintis juga telah dikenalpasti. Selain itu, instrumen protokol temu bual telah dihasilkan dan seterusnya kumpulan ini sedang membuat persediaan untuk menjalankan kajian rintis pula. Pada bulan Disember 2012, penyelidik di bawah sub-projek ini sedang menjalankan temubual kumpulan terfokus mengenai kurikulum pendidikan di sekolah.

Teori dan konsep kesepaduan sosial melalui pendidikan dibentuk merupakan output yang akan dicapai oleh sub-projek ini melalui aktiviti-aktiviti atau objektif strategi tertentu yang telah dirancang seawal projek ini bermula. Bagi tahun 2013, sub-projek ini akan menganjurkan satu persidangan meja bulat, seminar dan beberapa program lain bagi mengumpul data kualitatif kajian. Persidangan meja bulat yang dianjurkan pada bulan Mei yang lalu dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar mengenai konstruk-konstruk yang membentuk keharmonian kaum di Malaysia dari perspektif pendidikan. Beberapa output kajian berbentuk kertas kerja dan artikel telah disiapkan.

 

Pencapaian Tahun 2012

 1.  Membina kerangka kajian (pendekatan,skop, objektif,persoalan, sampel, metod, pemungutan data, analisis data) – Mac 2012

2. Himpunan literatur mengenai kepelbagaian  budaya dalam kurikulum – Mac – Okt 2012

3. Wacana Kesepaduan Sosial – 19 Jul 2012

4. Konstruk elemen-elemen dalam kepelbagaian budaya dikenalpasti – Ogos – Okt 2012

5. Pembinaan protokol temu bual – 1 Okt 2012

6. Pembentangan kertas konsep – Chicago, USA (6-7 Jul 2012) dan ICLD ( 18-19 Sept  2012)

               a. A Framework For An Analysis Of Diversity In Schools

               b. Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum

               c. Persekolahan di Malaysia

7. Kertas konsep  untuk penerbitan

               a. Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia (Malaysian Journal of Education)

               b. Islam and Multiculturalism in Schools: A Malaysian case study (Dalam penerbitan  Proceeding Islamic & Multiculturalism)

              c. Pemupukan kesepaduan sosial dalam konteks pendidikan: Analisis pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 1969 sehingga 2012 (in progress)

8. Lawatan profesor  Dr Sebine Severiens  dari Universiti of Rotterdam, Netherland – 20hb Sept 2012

Pencapaian Tahun 2013

Projek 1 Sub Projek B telah mengadakan  satu sesi bual bicara bersama YAB Tun Mahathir Mohamad pada:

Tarikh  :  2hb. Oktober 2013 (Rabu)
Masa    :  9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat  :  Yayasan Kepimpinan Perdana, No.1, Jalan P8H, Presint 8, 62250 Putrajaya
Tema    :  Pengalaman Membangunkan Masyarakat  Harmoni  Melalui Pendidikan : Kejayaan   Kini dan Langkah ke Hadapan
Moderator:  YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin

Tujuannya ialah bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai pembinaan Bangsa Malaysia untuk membentuk masyarakat harmoni melalui pendidikan berdasarkan pengalaman beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Kembali

Incoming search terms:

  • maksud kesepaduan sosial
Leave a Reply