Sila hubungi: +603 89214641

Sub-Projek C (Projek 4): Politik Dan Agama Dalam Kesepaduan Sosial: Prejudis Dan Stereotaip

 

Puan Lailawati Madlan (Wakil Ketua: Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok)

Puan Lailawati Madlan (Wakil Ketua: Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok)

 

Sub-Projek C : Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok (Ketua)
Tajuk Sub-projek : Politik Dan Agama Dalam Kesepaduan Sosial: Prejudis Dan Stereotaip

Sub-projek ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok dari Universiti Malaysia Sabah dan dibantu oleh rakan-rakan penyelidik yang lain. Output bagi sub-projek ini ialah isu tentang sifat prejudis dan stereotaip di antara masyarakat pelbagai kaum yang boleh menyumbang kepada masalah dalaman politik ala Barisan Nasional dikenalpasti.

Objektif Penyelidikan

Fasa Kajian Kualitatif

  1. Mengenalpasti pemahaman/persepsi responden mengenai stereotaip, prejudis dan diskriminasi etnik.
  2. Mengenalpasti penyebab stereotaip, prejudis dan diskriminasi etnik berlaku.
  3. Mengenalpasti pengalaman responden (dalam bentuk konteks dan situasi) stereotaip, prejudis dan diskriminasi etnik.
  4. Mengenalpasti kaedah atau strategi responden berdepan dengan situasi stereotaip, prejudis dan diskriminasi etnik.
  5. Mengenalpasti kesan stereotaip, prejudis dan diskriminasi etnik terhadap responden.

Fasa Kajian Kuantitatif

  1. Menghasilkan Instrumen Stereotaip, Prejudis dan Diskriminasi di Malaysia.
  2. Membentuk Model Stereotaip, Prejudis dan Diskriminasi Etnik di Sabah.
  3. Mengkaji pengaruh stereotaip dan prejudis ke atas diskriminasi etnik di Sabah.

 

Dapatan kajian telah dianalisis dan kajian lapangan sebenar telah dijalankan. Kajian Rintis yang dijalankan melibatkan 10 orang pelajar etnik Kadazandusun dan 10 orang pelajar etnik Bajau yang berada di Tingkatan 4 dan 6 bawah. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan di Asian Association of Indigenous and Cultural Psychology (AAICP) International Conference 2012 dan kini masih menjalankan perbincangan kumpulan terfokus bersama pelajar sekolah di sekitar Sabah.

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply