Sila hubungi: +603 89214641

Sub-projek C (Projek 3): Integriti Dalam Kesepaduan Sosial

Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yusoff

Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yusoff

 

Sub-Projek C : Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yusof (Ketua)
Tajuk Sub-Projek : Integriti Dalam Kesepaduan Sosial

Sub-projek ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rosman Md. Yusoff dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi meneliti keupayaan pelan integriti nasional untuk mewujudkan budaya integriti dalam masyarakat sebagai teras penting penyatuan dalam konteks kesepaduan sosial.

Sehingga bulan Disember 2012, pasukan penyelidik di bawah sub-projek ini masih dalam proses memasukkan data kajian (key in data) dan membuat tinjauan kajian literatur di Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi mendapatkan maklumat terkini dan bahan rujukan kajian. Selain itu, penyelidik sub-projek ini juga telah selesai aktiviti kerja lapangan mengikut perancangan asal di mana soal selidik kajian telah diedarkan ke seluruh Malaysia.

Antara objektif kajian ini ialah:

  1. Pelan Integriti Nasional dinilai secara objektif dan sistematik
  2. Kekuatan dan kelemahan PIN dikaji
  3. Pembentukan Polisi Pembudayaan Integriti dalam Pembentukan Negara Bangsa dicadangkan dalam mewujudkan budaya integriti dalam masyarakat

Objektif strategi yang ditetapkan bagi tujuan mencapai objektif kajian ialah:

  1. Satu set soal selidik yang mengandungi soalan-soalan untuk menilai PIN secara objektif dan sistematik disiapkan.
  2. Resolusi untuk menjadikan PIN  sebagai wadah mewujudkan budaya integriti dalam masyarakat dan menjadi teras penting penyatuan dalam konteks kesepaduan sosial.

 

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply