Sila hubungi: +603 89214641

Sub-projek A (Projek 2): Meneliti Kemampuan Sistem Perundangan Sedia Ada Untuk Memenuhi Aspirasi Dan Kehendak Berbilang Kaum Di Malaysia

Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub

Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub

 

Sub-Projek A : Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub (Ketua)
Tajuk Sub-Projek:  Meneliti Kemampuan Sistem Perundangan Sedia Ada Untuk Memenuhi Aspirasi Dan Kehendak Berbilang Kaum Di Malaysia

Sub-projek yang diketuai oleh Prof. Dr. Inayah Yaakub dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dianggotai oleh barisan penyelidik bersama dari UKM dan Universiti Teknologi Mara Perlis (UiTM) ini menghuraikan tentang kemampuan perundangan yang sedia ada dari aspek sejarah, evolusi perundangan Malaysia, justifikasi struktur perundangan yang sedia ada serta rasional undang-undang Inggeris n prinsip ekuiti yang masih diterima pakai.

Perkaitan  di antara perpaduan dengan perundangan yang sedia ada secara umum dapat dikenalpasti dengan melihat undang2 sedia ada. Pasukan peyelidik telah menggunakan pendekatan “hard law” (fasa 1) sebagai means untuk dapatan awal kajian ini.Satu bengkel penyelidikan dan perbincangan meja bulat telah diadakan pada bulan Disember 2012 di Kuala Terengganu bagi membincangkan tentang progres terbaru sub-projek dan penyuntingan buku yang juga merupakan output atau hasil penyelidikan terkini. Selain itu, satu Perbincangan Meja Bulat 1/2012- Perundangan Negara, Patriotism, & Kesejahteraan Kaum Malaysia anjuran bersama Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara bakal dianjurkan pada bulan Januari 2013 yang akan datang.

Output projek ini terdiri daripada 5 tahap iaitu:

  1. Perkaitan  di antara perpaduan dengan perundangan yang sedia ada secara umum dapat dikenalpasti dengan melihat undang2 sedia ada.
  2. Kecenderungan private commercial law terhadap pembudayaan  pendekatan “tanpa mengenal kaum”.
  3. Limitasi dan batasan penerimaan undang-undang Inggeris di Malaysia dapat dikenalpasti melalui penghakiman kes-kes mahkamah yang diputuskan sejak kemerdekaan.
  4. Mengenalpasti dasar dan  asas bagaimana merumuskan bahawa perundangan yang  sedia ada mampu memenuhi aspirasi kehendak pelbagai  kaum.

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply