Sila hubungi: +603 89214641

Curriculum Vitae Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok

PROFESOR MADYA DR. CHUA BEE SEOK 

email: chuabs@ums.edu.my

Pengalaman penyelidikan, mengajar, dan menulis selama 14 tahun. Pengalaman kerja pertama adalah sebagai Human Resource Administrator (pada tahun 1997) di Borneo Pulp & Paper, Sdn. Bhd.. Mula berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) semenjak 1998 hingga sekarang. Sepanjang berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah pernah memegang jawatan sebagai: Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan (2004 – 2006), Penyelaras Program Psikologi Industri & Organisasi (2008 – 2010), Profesor Madya Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, semenjak 2008, Ketua Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, semenjak 2010 sehingga kini.

Pencapaian: Sepanjang berkhidmat di UMS (14 tahun pengalaman) telah terlibat dalam 22 projek penyelidikan (termasuk, projek penyelidikan LRGS, IRPA, Science Fund, ERGS, FRGS, Top Down UMS, dan Penyelidikan Pensyarah muda UMS) sama ada sebagai ketua projek atau ahli projek. Telah menghasilkan 22 buah artikel berwasit yang diterbitkan dalam jurnal peringkat kebangsaan atau antarabangsa.  Telah menghasilkan buku tajuk berkaitan dengan tekanan, motivasi, kepimpinan, dan analisis data. Pernah menerima Anugerah Prestasi dan Perkhidmatan Cemerlang (2005), Anugerah Prestasi dan Perkhidmatan Terpuji (2009), Anugerah Pensyarah Kometed Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (2005), Anugerah Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM, (1996)

Pendidikan: Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (1996); Sarjana Sastera (Psikologi Industri dan Organisasi), Universiti Kebangsaan Malaysia (1997); Doktor Falsafah, Universiti Malaysia Sabah (2003)

Aktivisme Profesional:

  1. Associate Advisor Di Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (2011–2013)
  2. Ahli Panel Penilai Penyelidikan FRGS dan ERGS Peringkat Universiti Malaysia Sabah (2010 – 2012; 2012 – 2014).
  3. Member of Stress and Anxiety Research Society (STAR)
  4. Member of Asian Indigenous and Cultural Psychology Association

Aktivisme Penyelidikan:

  • Menyelia 4 PhD & 4 MA, 98 Pelajar Sarjana Muda yang telah berjaya (2 orang MA dan 98 orang Sarjana Muda) dan dalam proses.
    • Menerbit 22 artikel akademik berwasit, 8 buah buku.
  • Menyumbang  8 bab dalam buku dalam bidang psikologi.
    • Penilai untuk Jurnal Kinabalu, Journal Psychology Southeast Asia dan Jurnal Manu.
    • Menghasilkan 1 copyright (Modul Pengurusan Stres Wanita)

Pemeriksa Tesis MA & PhD: Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Malaysia Sabah.

10 Penerbitan Utama:

  1.  Stres Pekerjaan, Kepuasan kerja dan masalah kesihatan mental di kalangan pekerja Sabah. Penerbitan Universiti Malaysia Sabah.
  2.  Teori-Teori Motivasi: Dalam Psikologi Industri dan Organisasi. Penerbitan Universiti Malaysia Sabah.
  3.  Stres Dalam Kalangan Ibu Tunggal. Penerbitan Universiti Malaysia Sabah.
  4.  Teori-teori kepemimpinan dalam psikologi industri dan organisasi. Penerbitan Universiti Malaysia Sabah.
  5.  Modul dan Buku Kerja Stres Wanita Luar Bandar.
  6.  Kecerdasan emosi, stress kerja dan masalah kesihatan mental jururawat di Sabah. Siri Kertas Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial. Bil 1. Disember 2011.
  7.  Personaliti, motivasi dan prestasi kerja dalam kalangan belia Malaysia. Siri Kertas Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial. Bil 2. Disember 2011.
  8.  Hubungan di antara kecerdasan emosi, ketahanan (hardiness) dan burnout dalam kalangan pekerja social. Siri Kertas Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial.   Bil 7. January 2012.
  9.  The influence of ethnicity, gender, personality, life satisfaction and number of childeren in family on child abuse potential. Hong Kong Journal of Paediatrics, 6 (1), 40-43.
  10.  Strategi daya tindak dan sumber tekanan pekerjaan: Satu kajian di kalangan pekerja kilang yang mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal. Jurnal Psikologi Malaysia, 15, 171-186.

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

Leave a Reply