Sila hubungi: +603 89214641

Curriculum Vitae Prof. Dr. Ding Choo Ming

PROF. DR. DING CHOO MING

email: dingukm@yahoo.com

Ding Choo Ming adalah professor merangkap Felo Penyelidik Utama di ATMA (Institut Alam & Tamadun Melayu) UKM. Sebelum1999, saya adalah pensyarah di Jabatan Sains Maklumat, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, UKM dan sejak 1972 hingga 1990 saya adalah pustakawan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.  Sehingga kini, saya sudah berkhidmat lebih daripada 37 tahun di UKM.

Bidang penyelidikan saya adalah:

1. Pantun di Alam Melayu.

2. Sastera Melayu Riau di pinggir abad ke 19,

3. Pembinaan pangkalan data pengajian Alam Melayu www.malaycivilization.com

4. Pendokumentasian maklumat peribumi Melayu.

Saya adalah ketua editor Sari: jurnal ATMA (1999-2009), dan Ketua editor Jurnal Terjemahan Alam Melayu (Disember 2009), selain telah menulis makalah di jurnal antarabangsa di Bandung, Bangkok, Brunei, Copenhagen, Hong Kong, Jakarta, Leiden, Manila, New Delhi, Seoul, Singapore, Surrey, Moscow  dan lain-lain. Juga menulis di majalah Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera (DBP), Pemikir (Utusan Melayu), Beriga (Brunei) dan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan penulis kolum di Utusan Zaman (Jun 2000- Februari 2002). Antara buku saya adalah:

  1. Raja Aisyah Sulaiman: Pengarang Ulung Wanita Melayu. Bangi: Penerbit UKM, 1999.
  2. Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Kritikan dan Cadangan. Kuala Lumpur: Utusan Melayu, 2003
  3. Chinese Studies of the Malay World: A Comparative Approach. Singapore: Eastern International Press, 2003.
  4. Continent, Coast and Ocean: Dynamics of Regionalism in East Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2007.
  5. Manuskrip Melayu  Sumber Maklumat Peribumi  Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008.
  6. Kearifan Lokal yang Terkandung dalam Manuskrip Lama: Kertaskerja Pilihan daripada Simposium Antarabangsa Pernashkahan Nusantara di Bima, 2007. Bangi: Penerbit Insitut Alam & Tamadun Melayu, 2009.
  7. Pengajian  di Alam Melayu: Dari Manuskrip ke Maklumat Digitial. Bangi: Penerbit Institut Alam & Tamadun Melayu, UKM, 2009.
  8. Pantun Baba Pilihan di Negeri Selat 1920-1940.Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2012.
  9. Kajian Baru Manuskrip dan Pantun Melayu. Bangi: Institut Alam & Tamadun Meloayuu, 2012.
  10. Pulang Si Tenggang: a festschrift honoring Muhammad Haji Salleh (akan datang)

 

 

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply