Sila hubungi: +603 89214641

Curriculum Vitae Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh

PROF. DATIN DR. AMLA MOHD SALLEH

email: amla@ukm.my

Pengalaman mengajar, penyelidikan dan menulis selama 36 tahun, bermula dengan pendidikan ijazah pertama di UKM (1970-1972) seterusnya menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana dan PhD di Western Michigan University (1974-1980). Berpengalaman bertugas sebagai guru dan kemudiannya berkhidmat sebagai pensyarah di UKM semenjak 1976 hingga kini.

Jawatan Dulu & Sekarang di UKM : Penyelaras program Jarak Jauh, penyelaras Program Bimbingan & Kaunseling (Profesor Bimbingan & Kaunseling (2000 hingga kini) dan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar (2010 hingga kini).

Pencapaian : Keterlibatan dalam penulisan, penyelidikan dan berkuliah selama 32 tahun mengenai bidang pendidikan kaunseling serta isu-isu kepelbagaian pelajar. Tulisannya menjadi rujukan dalam banyak kursus di IPTA/IPTS kerana memfokuskan berkaitan bidang Kaunseling Kerjaya. Sering diundang dan diwawancara oleh media massa di Malaysia (TV3, TV1,TV2, Berita Harian, NST & lain-lain) sebagai rujukan berkaitan bidang kaunseling dan kerjaya di Malaysia.

Pendidikan : Diploma Pendidikan UM 1972, Ijazah Pengajian Islam & Pendidikan UM (1970-1972), Master Kaunseling , Universiti Michigan  (1974-1976) dan PHD Pendidikan Kaunseling & Penyeliaan Universiti Michigan (1977-1980).

Aktiviti Profesional :

1. Ahli Kehormat Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) 2. Ahli Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – kebangsaan 2005-2008

3. Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia Yang Pertama (1999-2003) lantikan Menteri Perpaduan Negara – kebangsaan

4. Ahli seumur hidup International Association of Educational and Vocational Guidance (IAEVG) sejak 1997 – antarabangsa

5. Ahli seumur hidup Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) – kebangsaan

6. Kaunselor berdaftar 0006 sejak 2000

7. Ahli Seumur Hidup Persatuan Siswazah Wanita Malaysia

8. Setiausaha Persatuan Kaunseling Malaysia PERKAMA (1994-2002)

9. Ahli Eksekutif Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) (1992-2002)

10. AJK Jawatankuasa Pembentukan Peraturan dan Tatatertib Kaunselor, AKTA Kaunselor 580 (1998 – 2002)

Editor (Jurnal) :

Chief Editor of  International Journal of Learner Diversity, 2010.  Pusat Kepelbagaian Pelajar UKM, Guest Editor of Procedia -Behavioral and Social Sciences: ICELD Disember  2010. Elsevier Publishing Co., Associate Editor of International Journal of Interdisciplinary Social Sciences Vol 4. CGpublisher; Associate Editor of  The International Journal of Knowledge, Culture and Change Management Volume 8. CGpublisher, Editor Jurnal Pendidikan Malaysia.

Aktivisme Penyelidikan:

  • Menyelia 20 PhD & 29 Master yang telah berjaya dan 8 PhD & 4 Master dalam proses.
  • Menerbit lebih dari 120 artikel akademik, 80 % diwasit dan lebih 150 artikel popular.
  • Menyumbang bab-bab dalam buku dalam bidang pendidikan, kaunseling, akademik, kerjaya, pembangunan sosial dan masyarakat.
  • Penyunting  bagi buku /jurnal Integrasi, Media dan Nilai.
  • Penilai untuk artikel-artikel jurnal antarabangsa dan kebangsaan.
  • Menerbitkan buku-buku berkaitan kaunseling dan nilai.

Pemeriksa Tesis PhD & MA : Malaysia : Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia.

10 Penerbitan Utama :

  1. Amla Salleh,Lilia Halim, Zuria Mahmud, Noreiny Maarof, Isa Hamzah, Keiko Sakurai, Akiko Kamogawa, 2012. Islam and multiculturism in schools : A Malaysian Case Study. Proceeding of Multiculturism Between Norm and Form. Organisation for Islamic Area Studies. Waseda University Tokyo (in print).
  2. Amla Salleh, 2010. PendidikanKerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Syarahan Perdana. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor, Malaysia
  3. Zahara Aziz, Amla Salleh & Hardiana Erma Ribu. 2010. A Study Of National Integration; Impact Of Multicultural Values. Procedia- Social and Behavioral Science 00 (2010) 000-00.. International conference on Learner Diversity 2010. www.sciencedirect.com
  4. Amla Salleh. 2010. Honouring Diversity in Career Guidance Practice. Procedia- Social and Behavioral Science 00 (2010) 000-00. International conference on Learner Diversity 2010. www.sciencedirect.com
  5. Zahara Aziz, Amla Salleh & Subahan, 2008. Perpaduan Masyarakat di Selangor : Satu Analisis Nilai Jati Diri. Fakulti Pendidikan UKM.
  6. Amla Salleh, 2012. Penilaian Dalam Kaunseling: untuk Kaunselor dan Profesional Membantu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia.
  7. Amla Salleh, 2008. Menyemai Nilai Untuk Masyarakat harapan. Dalam Mohd. Arif Ismail & Amla Salleh (Penyt). Media: Penerapan dan Pemupukan Nilai Murni. Oxford Fajar Sdn. Bhd., ISBN 978-983-45060-5-6. Hlmn. 1-16.
  8. Amla Salleh, Zuria Mahmud & Ramlee Mustapha. 2008. Mengenal Potensi Kerjaya. Oxford Fajar Bakti, Selangor . ISBN 978-983-45060-6-3.
  9. Mohd. Arif Ismail & Amla Salleh (Penyt), 2008. Media: Penerapan dan Pemupukan Nilai Murni. Oxford Fajar Sdn. Bhd., ISBN 978-983-45060-5-6.
  10. Amla Salleh, Ramlan Hamzah, Norazah Nordin,2011. “From Facae-Face to Cyber Mode: Life -Long Learning in Counseling,”, in the Book “Recent Researches In Educational Technologies,” Included in ISI/SCI Web of Science and Web of Knowledge, Iasi, Romania,2011, pp 124-128, WSEAS Press.

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 

Leave a Reply