Tanih adalah komponen penting dalam persekitaran
semulajadi dan adalah medium primer umtuk kebanyakan aktiviti biologi
dan manusia termasuklah agrikultur. Perlindungannya di dalam pembinaan
jalanraya memerlukan perhatian yang serius.
Pada jalanraya itu sendiri, tepi jalanraya,
disekeliling sungai dan air yang mengalir deras, terdapat banyak tempat
di mana kerosakan boleh berlaku. Hakisan boleh dipertimbangkan untuk
agensi jalanraya dan yang berkaitan dengannya.
Ini termasuklah petani kehilangan tanaman dan tanah,
nelayan kehilangan sumber pendapatan kerana sedimentasi di sungai dan
tasik, dan pengguna jalanraya mengalami kesesakan jalanraya bila
berlakunya tanah runtuh dan perubahan struktur tanah yang mungkin
membahayakan mereka. Kos untuk membaiki semua ini selalunya adalah
berkali ganda lebih banyak daripada kos untuk mencegahnya.