APA ITU???
AUDIT PENGURUSAN / PRESTASI
Audit pengurusan / prestasi merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber yang digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan
AUDIT KEWANGAN
Audit kewangan merangkumi pemeriksaan sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.
AUDIT SISTEM / ICT
Audit sistem / ICT dijalankan bagi memeriksa kawalan dalaman persekitaran sistem automasi pemprosesan sistem maklumat dan bagaimana sistem tersebut digunakan. Audit Sistem Maklumat secara umumnya menilai sistem input, output dan kawalan pemprosesan pelan sokongan dan pemulihan, keselamatan sistem dan juga pemilihan kemudahan komputer.
AUDIT KHAS
Audit Khas ialah audit yang dilaksanakan atas permohonan pihak pengurusan Universiti / PTJ dan diluluskan oelh Jawatankuasa Audit UKM
AUDIT SUSULAN
Audit yang dijalankan bagi mengesah tindakan penambahbaikan / pembetulan yang dipersetujui oleh auditi telah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.