Portal Rasmi Unit Audit Dalam UKM

 BEBAS, OBJEKTIVITI, INTEGRITI

Aktiviti QAR

Aktiviti Quality Assurance and Improvement Program

Untuk memastikan peningkatan kualiti yang berterusan dan memberikan nilai tambah kepada fungsi audit, Unit Audit Dalam UKM (UAD UKM) telah merancang untuk melaksanakan program Penilaian Jaminan Kualiti {Quality Assurance Review (QAR)} sebagai agenda utama untuk jaminan kualiti dan penambahbaikannya bermula pada tahun 2013.

Ini adalah selaras dengan Standard 1300 – Quality Assurance and Improvement Program dalam International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing. Antara aktiviti yang dilaksanakan untuk program QAR adalah seperti:

  • Taklimat pelaksanaan QAR
  • Lawatan kerja ke beberapa Audit Dalam Universiti Awan dan syarikat swasta seperti Bahagian Audit Dalam UiTM, Bahagian Audit Dalam UPM dan Jabatan Audit Dalam Malaysia Airlines
  • Semakan dalaman IPTA (self review) pada tahun 2013
  • Semakan antara Audit Dalam IPTA (peer review) pada tahun 2014
  • Penyediaan dan pengemaskinian dokumen
  • Penyediaan manual audit
  • Penilaian dalaman

Pihak The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) telah menjalankan penilaian jaminan kualiti ke atas UAD UKM pada 10 hingga 13 Julai 2017. Hasil daripada penilaian tersebut, UAD UKM telah berjaya memperolehi penilaian keseluruhan ‘Generally Conform’.

Tidak berhenti setelah mendapat sijil QAR, UAD UKM terus menerus menambahbaik proses kerja dan dokumentasi, membuat penilaian dalaman setiap tahun serta menjalankan pelbagai latihan yang berkaitan seperti Kursus COSO, Kursus Risk-Based Auditing dan membuat lawatan kerja ke Group Internal Audit Division UMW Corporation Sdn. Bhd.

Standard 1312 – External Assessments menyatakan bahawa penilaian luaran perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun. Sehubungan itu, pada tahun 2023, pihak IIAM sekali lagi telah dilantik untuk melaksanakan penilaian luaran ke atas UAD UKM. Penilaian telah dijalankan pada 30 Oktober sehingga 6 November 2023 dan hasil penilaian tersebut UAD UKM telah memperolehi ‘Generally Conform’ iaitu patuh kepada International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing.

Sebagai usaha penambahbaikan berterusan, pihak UAD UKM sedang dalam proses untuk memastikan pematuhan kepada Global Internal Auditing Standards 2024 iaitu Standard yang menggantikan International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing. Sebagai langkah awal, satu taklimat kesedaran telah dijalankan dan aktiviti-aktiviti lain sedang dirancang supaya UAD UKM dapat mematuhi Standard yang baharu tersebut.

Translate »