Sesi Pengauditan Quality Assurance Review (QAR) Di Unit Audit Dalam UKM

Mesyuarat Jawatankuasa Audit UKM Bil. 2/2017 bertarikh 23/05/2017 telah bersetuju supaya penilaian QAR tersebut dilaksanakan oleh The Institute of  Internal Auditors Malaysia (IIAM)  berdasarkan kaedah Self-Assessment With Independent External Validation selaras dengan perancangan Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam. IIAM dipilih sebagai penilai kerana organisasi tersebut merupakan Badan Auditan Dalaman Antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia dan mempunyai pengalaman luas dalam Quality Assurance (QA) yang mana telah melaksanakanlebih 40 QA untuk pelbagai organisasi.

Sehubungan dengan itu, penilaian QAR oleh Juruaudit IIAM telah dilaksanakan pada 10 hingga 13 Julai 2017 yang lalu bagi tujuan penilaian jaminan kualiti  bagi aktiviti Unit Audit Dalam UKM dari segi kepatuhan terhadap Definisi Audit Dalam; Kod Etika; dan Piawaian Antarabangsa bagi Amalan Profesional Audit Dalam (International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing). Mesyuarat penutup (pembentangan laporan hasil penilaian QAR) pula telah diadakan pada 31 Julai 2017 (Isnin).

Berdasarkan laporan akhir audit daripada pihak IIAM, UAD UKM berjaya mendapat penilaian keseluruhan “Generally Conforms” ke atas IIA International Professional Practices Framework (IPPF) meliputi Attribute Standards, Performance Standards dan Code of Ethics. Melalui pengiktirafan ini, adalah diharapkan ianya akan dapat memastikan peningkatan kualiti yang berterusan dan memberikan nilai tambah kepada fungsi audit; memastikan keyakinan dan kepuasan kepada pelanggan (auditi) dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders); sertamenambahbaik keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus UKM termasuk Pusat Tanggungjawab di bawahnya.

 

SYABAS DAN TAHNIAH UAD UKM !!!