Lawatan Kerja Pejabat Audit Dalam Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTEM) Kali Ke-2

Pada 20 September 2018 (Khamis), seramai 5 orang staf daripada Audit Dalam UTEM yang diketuai oleh Ketua Juruaudit UTEM iaitu Puan Nor Atekah Omar @ Mahmud telah hadir ke Pejabat Unit Audit Dalam UKM. Delegasi dari UTEM telah disambut oleh En. Jamali Shamsuddin dan En. Azman Mohd. Nor. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah bagi bertukar pandangan tentang penggunaan ACL dalam pengauditan yang sedang dijalankan di samping berkongsi pengalaman dalam menjalankan pengauditan tabung masjid di UKM.

Sesi perkongsian pengalaman dalam melaksanakan pengauditan tabung masjid UKM diketuai oleh En. Jamali Shamsuddin dan dibantu oleh Puan Nurul Kartini Ibrahim dan Puan Nor Azean Azmi. Manakala perkongsian penggunaan ACL dalam pengauditan disampaikan oleh En. Azman Mohd Nor dan staf Unit Audit Dalam UTEM yang terlibat iaitu Puan Suriyanty Kasban dan Puan Norhayati Suandi.Sesi perkongsian ini bertujuan untuk bertukar pandangan tentang penggunaan ACL dalam pengauditan yang sedang dijalankan di UTEM. Kedua-dua pihak telah melontarkan idea bagi menyelesaikan kesulitan yang timbul dalam penggunaan ACL di samping kaedah terbaik untuk menganalisis data.

Audit Dalam UTEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Audit Dalam UKM di atas kesudian menerima kehadiran mereka buat kali ke-2 dan seterusnya berkongsi pengalaman dalam bidang pengauditan dan penggunaan ACL. Semoga ilmu dan maklumat yang disampaikan akan dapat memberikan manfaat dan membantu pihak Audit Dalam UTEM dalam melaksanakan pengauditan yang sedang dibuat. Pihak UAD UKM berbesar hati berkongsi pengalaman hasil audit yang telah dijalankan untuk kebaikan bersama.