MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN UNIT AUDIT DALAM UKM 2012

Bagi memenuhi salah satu keperluan dalam pensijilan Standard MS ISO 9001:2008 – Sistem Pengurusan Kualiti Perkara 5.6 : Kajian Semula Pengurusan (Pengurusan atasan hendaklah mengkaji semula sistem pengurusan kualiti organisasi secara berkala bagi memastikan kesesuaian, kemampuan dan keberkesanannya yang berterusan), maka MSP di peringkat Unit Audit Dalam (UAD) telah diadakan pada 09 hingga 11 Oktober 2012 (Selasa Rabu & Khamis) di Bilik Zuhal 13, Hotel Residence UNITEN.
MSP yang diadakan itu berdasarkan Prosedur Utama UKM-SPKP-PU07 Mesyuarat Semakan Pengurusan. Ianya membentangkan laporan prestasi jawatankuasa yang ditubuhkan dan membincangkan perancangan tahun 2013 serta mencadangkan penambahbaikan dalam perkhidmatan. Selain itu, MSP ini turut membincangkan perkara-perkara yang merangkumi semakan, kecukupan, kesesuaian, perubahan, cadangan/tindakan penambahbaikan dan keberkesanan terhadap pelaksanaan SPKP UKM. Mesyuarat ini turut membincangkan prestasi pengauditan tahun 2012 dan halangan-halangan atau kekangan-kekangan semasa pengauditan dijalankan, perancangan sumber manusia, aset, kelengkapan serta bajet.
Mesyuarat yang diadakan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Tahniah diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang telah menghadiri dan memberikan kerjasama dalam mesyuarat yang diadakan. Diharapkan prestasi UAD untuk tahun 2013 dapat ditingkatkan dan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dengan pelaksanaan SPKP.