Lawatan Kerja Ke Unit Audit Dalam UiTM Shah Alam

Unit Audit Dalam UKM sedang berusaha untuk melaksanakan program Penilaian Keberkesanan Kualiti (Quality Assurance Review (QAR)). Sehubungan itu, satu lawatan kerja ke Unit Audit Dalam UiTM Shah Alam telah diadakan pada 30 April 2013 (Selasa) untuk melihat perancangan pengauditan berasaskan risiko yang telah dilaksanakan. Seramai 5 orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan UAD, UKM. Objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman daripada Unit Audit Dalam UiTM mengenai program pengauditan berasaskan risiko yang telah/akan dijalankan, mempelajari cara UAD UiTM merancang, menjalankan dan seterusnya menyediakan laporan pengauditan berasaskan risiko, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman berkaitan bidang tugas masing-masing serta meluaskan rangkaian dan mengeratkan hubungan antara UAD UKM dengan UAD UiTM. Diharapkan lawatan ini dapatmengeratkan hubungan kerja sesama IPTA yang lain disamping membantu UAD UKM dalam melaksanakan serta memenuhi salah satu daripada kriteria QAR bagi mendapatkan pengiktirafan daripada IIAM pada tahun 2015.