Bengkel Pemantapan Semangat Berpasukan

Unit Audit Dalam telah selesai menjalankan Bengkel Pemantapan Semangat Berpasukan pada 27-29 September 2013 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memahami tanggungjawab pada diri dan rakan sekerja serta organisasi, menjelaskan kepentingan nilai sepunya dalam membentuk persekitaran yang harmonis, dinamis dan progresif, menghuraikan kepentingan kerja berpasukan berlandaskan kesefahaman, toleransi dan pengorbanan serta menghuraikan matlamat diri sebagai sumber pendorong mencapai kejayaan. Penceramah yang dijemput bagi bengel ini adalah En. Ruslan Muhammad daripada Training & Motivation Sdn. Bhd.
Syabas diucapkan kepada warga UAD yang memberikan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini. Diharapkan semua kakitangan UAD dapat sama-sama memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kekuatan dalam kerja berpasukan untuk mencapai visi dan misi UAD disamping menyumbangkan perkhidmatan yang terbaik kepada Universiti.