Mesyuarat Semakan Pengurusan UAD 2021

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Unit Audit Dalam bagi Tahun 2021 telah diadakan pada 15 & 16 Mac 2022 (Selasa & Rabu) bertempat di Bangi Resort Hotel.

Tujuan MSP ini adalah bagi menyemak dan menambahbaik prestasi setiap jawatankuasa kecil yang terdapat di dalam Jawatankuasa Kualiti UAD sepanjang tahun 2021. Ini adalah selaras dengan kehendak Klausa 9.3 dalam MS ISO 9001:2015  yang memerlukan semakan terhadap sistem pengurusan kualiti untuk memastikan ianya adalah sesuai, mencukupi, berkesan dan selari dengan arah tuju strategik UKM.

Agenda MSP pada kali ini membincangkan perkara-perkara berikut :

  1. Semakan isu-isu luaran dan dalaman;
  2. Keperluan sumber untuk mengekalkan keberkesanan SPK;
  3.  Perubahan yang memberi kesan kepada SPKP;
  4. Cadangan penambahbaikan SPKP di UAD;
  5. Semakan senarai dan keperluan pihak berkepentingan SPKP;
  6. Semakan kesesuaian dasar kualiti dan objektif kualiti SPKP UKM;
  7. Laporan keberkesanan tindakan yang diambil terhadap peluang;
  8. Penilaian keberkesanan risiko – keberkesanan tindakan yang diambil terhadap penentuan  risiko dan peluang;
  9. Laporan hasil audit (Dalaman & Luar);
  10. Laporan prestasi proses dan pematuhan terhadap produk dan perkhidmatan;
  11. Laporan ketidakakuran dan pembetulan (CA);
  12. Laporan Jawatankuasa Dokumentasi;
  13. Laporan Jawatankuasa Aduan dan Maklum Balas Pelanggan;
  14. Laporan Jawatankuasa Pengurusan Latihan;
  15. Laporan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
  16. Laporan Jawatankuasa 5S;
  17. Laporan Jawatankuasa QAR;
  18. Laporan Jawatankuasa Laman Web; dan
  19. Laporan Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pembekal.

MSP ini melibatkan kesemua kakitangan Unit Audit Dalam seramai 17 orang dan telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi daripada mesyuarat ini akan diambil tindakan oleh kakitangan/jawatankuasa yang berkaitan. Terdapat juga hasil daripada mesyuarat ini yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Semakan Pengurusan peringkat UKM pada 22 April 2022.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sesi MSP ini.