BENGKEL PENAMBAHBAIKAN DOKUMEN AUDIT

Bengkel Penambahbaikan Dokumen Audit telah diadakan pada 11 Jun 2023 (Ahad) bertempat di King’s Green Hotel, Melaka. Bengkel ini melibatkan seramai 17 orang kakitangan Unit Audit Dalam dan seorang pelajar latihan industri.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk menambahbaik dokumen yang sedia ada iaitu Memorendum Perancangan Audit (MRA), Line Of Inquiry (LOI) dan laporan audit serta penyeragaman penggunaan dokumen oleh Juruaudit. Hasil perbincangan tersebut, terdapat perubahan-perubahan pada dokumen audit melibatkan MRA, Laporan Awal dan Laporan Akhir yang akan dikemaskini dalam SPKPPP dan mula berkuatkuasa pada Julai 2023.

Terima kasih kepada semua kakitangan Unit Audit Dalam yang telah sama-sama memberikan buah pikiran dan pendapat dalam menjayakan bengkel ini.