UNIT AUDIT DALAM BERDUKACITA

Salam Takziah dan Al-fatihah

Seluruh warga Unit Audit Dalam UKM menzahirkan rasa sedih dan dukacita kami atas pemergian Jamali b. Shamsuddin selaku Ketua Juruaudit Dalam @ Ketua Pentadbiran di Unit Audit Dalam pada 29 Jun 2024. Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga beliau atas kehilangan orang tersayang.

 

Kami juga berharap seluruh keluarga arwah menerimanya dengan penuh kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi musibah ini.
Semoga dedikasi dan komitmen Allahyarham dalam Unit Audit Dalam menjadi inspirasi kepada kita semua. Kenangan bersama arwah akan terus segar dalam ingatan kami semua.