Rumusan Audit 2023
LAPORAN RUMUSAN PENEMUAN-PENEMUAN AUDIT TAHUN 2023
Berdasarkan perbandingan graf penarafan yang diberikan kepada laporan audit yang dibentangkan di dalam MJA UKM dari tahun 2018 sehingga 2023 belum ada laporan audit yang mendapat penarafan cemerlang. Walaubagaimanapun, penarafan lemah telah tidak diberikan sejak 4 tahun lepas. Laporan yang mendapat penarafan kurang memuaskan juga telah menurun dari 9 laporan pada tahun 2019 dan 2020, 7 laporan pada 2021 dan menurun lagi kepada 4 tahun 2022 walaubagaimanapun terdapat penambahan 1 kepada 5 pada tahun 2023. Laporan yang mendapat penarafan baik meningkat daripada 3 pada tahun 2021 kepada 5 laporan baik pada tahun 2022 tetapi menurun kepada 3 pada tahun 2023. Ini memberi gambaran bahawa tahap kesedaran warga UKM terhadap keperluan untuk mematuhi dan memahami prosedur, peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan perlu selaras dengan tuntutan untuk memenuhi KPI tanpa mengalfakan tuntutan kepada pematuhan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Secara umumnya proses pengauditan yang menggunakan kerangka COSO telah berjaya memberi panduan kepada Pengurusan Universiti berkaitan struktur Governan, Pengurusan Risiko dan Tahap Kawalan Dalaman UKM. Pendekatan ini banyak membantu dalam proses UKM membangun dan mengaplikasikan SDG.
Kesimpulan – Sebagai universiti watan, Pengurusan Tertinggi UKM telah berjaya memastikan governan universiti sentiasa diutamakan. Tiada penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa yang ditemui dalam pengauditan yang dijalankan pada tahun 2023. Agenda utama universiti dalam kebolehpasaran graduan dan penjanaan pendapatan juga telah berjaya di fahami dan usaha-usaha kearah itu telah dilakukan oleh PTJ – PTJ yang terlibat. Namun, usaha-usaha itu perlu diselia dan dipantau supaya impak yang dihasilkan mencerminkan moto, ilmu, mutu dan budi serta nilai TERAS yang menjadi pegangan UKM dicapai.