LAWATAN KERJA KE BAHAGIAN AUDIT DALAM, UITM
Pada 12 November 2024 (Selasa), Unit Audit Dalam UKM yang diketuai oleh En Ishak Md Saboo bersama 11 orang Juruaudit telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam, UiTM Shah Alam. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui kaedah membangunkan Audit Universe untuk penyediaan Rancangan Audit Tahunan dan penggunaan COSO dalam pengauditan. Kehadiran delegasi UAD, UKM ini telah disambut baik oleh Pengarah Bahagian Audit Dalam, UiTM iaitu Puan Mia Imawati Jalil bersama kakitangannya.
Puan Hajjah Nurul Huda Abdul Kadir, Timbalan Juruaudit telah memberi penerangan yang terperinci cara mereka membangunkan Audit Universe dalam membantu penyediaan program audit tahunan. Kemudian disusuli penerangan dari En. Razif Mohd Ali, Juruaudit Kanan mengenai penggunaan COSO dalam pelaporan audit. Disamping itu, pihak UAD UKM turut berkongsi pandangan mengenai penggunaan kerangka kerja COSO dalam pengauditan yang dijalankan.
UAD UKM berharap lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam, UiTM ini dapat mencapai objektif disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua organisasi.