Taklimat Pemakanan Sihat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Taklimat Pemakanan Sihat Sempena Bulan Ramadhan Dan Syawal telah dilaksanakan pada 26 Februari 2026 (Selasa) di Bilik Mesyuarat UAD UKM. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Muhaini binti Mahmud (Pegawai Dietetik) daripada Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan UKM

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan Unit Audit Dalam UKM mengenai pemakanan sihat di bulan Ramadan bagi memastikan tubuh kekal sihat, cergas, dan mampu menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. Ini bagi memastikan tubuh mendapat bekalan tenaga dan nutrien yang mencukupi sepanjang tempoh berpuasa.

Selain itu, taklimat ini juga memberi pendedahan berkenaan pemakanan sihat di bulan Syawal bagi membantu tubuh menyesuaikan diri dengan waktu makan yang normal semula dan mengelakkan kesan negatif daripada perubahan diet. Amalan pemakanan secara sihat dan sederhana perlu diteruskan bagi mengelakkan pengambilan makanan berlebihan selepas berpuasa.

Oleh itu, membuat pilihan makanan yang lebih sihat, seperti memilih hidangan yang dipanggang atau dibakar berbanding makanan yang digoreng dan berminyak adalah lebih baik bagi memastikan kecerdasan tubuh badan. Diharapkan taklimat yang disampaikan ini dapat memberi input kepada semua kakitangan UAD UKM.