AKTIVITI MENYUSURI HUTAN

Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan aktiviti menyusuri hutan di Hutan Pendidikan Alam UKM pada 18 Mac 2016. Aktiviti ini telah melibatkan sebahagian kakitangan dan ahli keluarga UAD. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi meningkatkan stamina, ketahanan fizikal dan mental untuk mengharungi segala cabaran, mendedahkan tentang keindahan alam sekitar disamping memberi pendidikan kepada kakitangan UAD terhadap kehidupan flaura dan fauna yang ada serta memberi ketenangan dan menghilangkan tekanan kerja.

 

Program ini dianjurkan hasil kerjasama Jawatankuasa Tabung Kebajikan Kakitangan Unit Audit Dalam (TAKUAD). Aktiviti menyusuri hutan ini dimulakan dengan sesi memanaskan badan, bacaan doa, taklimat dari tour guide dan diteruskan dengan perjalanan menyusuri hutan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Terima kasih diucapkan kepada semua warga UAD serta ahli keluarga yang sama-sama menjayakan dan mengharungi Hutan Pendidikan Alam ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

DSC_0041

DSC_0070

DSC_0034

DSC_0025