Gotong Royong Persekitaran Berkualiti 5S Unit Audit Dalam UKM

Unit Audit Dalam telah mengadakan gotong royong 5S pada 08 Mac 2013 (Jumaat). Gotong – royong yang diadakan ini adalah sebagai persediaan awal menghadapi penilaian tahap keselamatan pejabat oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) disamping menambahbaik amalan 5S yang sedia ada. Gotong-royong ini melibatkan kakitangan Unit Audit Dalam di kampus Bangi. Tahniah diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang memberikan kerjasama.