JAMUAN HARI RAYA UAD UKM – SYAWAL 1444H

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H peringkat UAD UKM telah diadakan pada 12 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Pejabat Unit Audit Dalam, Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM. Sambutan ini diraikan oleh semua kakitangan Unit Audit Dalam termasuk tetamu jemputan iaitu Pn. Umei Kalsom Md. Isa dan Pn. Nora’ashikin Hussein yang telah bersara pada tahun 2022, Mantan Kakitangan UAD iaitu En. Nik Zuhairi Afzar Nik Ibrahim, staf Audit Dalam UKM Holdings,  staf Institut Kajian Etnik  (KITA) dan staf Kolej Keris Mas (KKM).

Sambutan  Aidilfitri ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan UAD dan kakitangan UKM secara amnya sebagai tanda kemenangan umat islam yang telah mengerjakan ibadat puasa pada bulan ramadhan dengan sempurna.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam serta ahli Jawatankuasa Tabung Kebajikan dan Kelab Kopi UAD yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti ini.