KEBERSEDIAAN UNIT AUDIT DALAM MENGHADAPI PENGAUDITAN PEMATUHAN SEMULA MS ISO 9001-2008 OLEH PIHAK SIRIM

Unit Audit Dalam sentiasa bersiap-siaga dalam menghadapi pengauditan oleh pihak SIRIM. Ini kerana sebgai organisasi yang memang mengamalkan budaya kualiti & efisyensi, kebolehan untuk diaudit memang ditahap sentiasa bersedia. Ini kerana bagi pihak UAD, pengauditan ini merupakan satu aktiviti penambahbaikan yang akan menyemak dan mengesahkan kerja dan amalanĀ  yang dipraktikkan itu mengikut apa yang telah digariskan dan yang diluluskan.

Pengalaman selama hampir 4 tahun dalam mengamal dan membudayakan amalan ISO telah meningkatkan mutu perkhidmatan kami kepada pihak pelanggan. Penambahbaikan yang dilakukan telah menjamin perkhidmatan yang diberikanĀ  adalah yang mesra pelanggan dan memenuhi kehendak serta harapan pihak Pengurusan UKM.

Sesungguhnya kami mengalu-alukan kedatangan Juruaudit SIRIM ke Unit Audit Dalam sempena pengauditan semula MS ISO 9001:2008. Kami amat berbesar hati dan berharap hasil audit ini akan dapat memberi ilmu dan penambahbaikan kepada kami.