KURSUS PENGKELASAN RISIKO PENEMUAN AUDIT
Bengkel pengkelasan risiko penemuan audit telah dilaksanakan pada 12/12/2024 di Bangi Golf Resort. Pihak Unit Audit Dalam, UKM telah menjemput Tn. Haji Jalani bin Hassan (Mantan Ketua Audit UM) untuk memberikan taklimat berkaita tajuk bengkel.
Penganjuran bengkel ini adalah selaras dengan keperluan semasa dan penambahbaikan pengauditan untuk semua Juruaudit di UKM. Selain itu, objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk mengenalpasti risiko bagi penemuan-penemuan audit untuk membangunkan satu model dalam pengkelasan risiko ke atas penemuan tersebut.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua Juruaudit yang terlibat. Semoga penambahbaikan ini dapat menambahbaik proses kerja dan perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Audit Dalam.