Lawatan 5S Oleh Jawatankuasa 5S PPPUKM

Unit Audit Dalam (UAD) telah menjemput wakil Jawatankuasa 5S PPUKM untuk melawat dan memberi pandangan serta khidmat nasihat dalam menambahbaik amalan 5S yang telah dijalankan di UAD. Pada 4 Oktober 2012, UAD telah menerima lawatan daripada wakil Jawatankuasa 5S PPUKM iaitu En. Mohd Khairuddin Omar (Ketua Jawatankuasa Audit 5S PPUKM). Aktiviti dimulakan dengan mendengar taklimat ringkas 5S daripada Ketua Audit Dalam dan En. Khairuddin Omar. Sesi diteruskan dengan lawatan bersama-sama En. Khairuddin di persekitaran pejabat UAD. Hasil lawatan tersebut Unit Audit Dalam telah menerima beberapa teguran sebagai penambahbaikan amalan 5S di UAD yang perlu dilaksanakan. Unit Audit Dalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Khairuddin Omar kerana sudi meluangkan masa untuk melihat perkembangan 5S di UAD dan memberi komen yang positif. Semoga penamahbaikan yang dibuat dapat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kerja. Syabas kepada warga UAD yang turut memberi kerjasama dalam menjayakan amalan 5S di UAD.