Lawatan Amalan 5s ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan lawatan kerja untuk melihat amalan 5S yang dilaksanakan di Pusat pengurusan Penyelidikan dan instrumentasi (CRIM) pada 31 Mei 2013 (Jumaat). Seramai 13 orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan Unit Audit Dalam, UKM. Objektif utama diadakan lawatan kerja ini adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman daripada CRIM mengenai pelaksanaan Amalan 5S yang dilaksanakan, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan Amalan 5S dan memberi gambaran serta idea bagi melaksanakan Amalan 5S di pejabat Unit Audit Dalam, UKM. Diharapkan lawatan ini dapat membantu kakitangan UAD UKM untuk menambahbaik Amalan 5S yang sedia ada sebagai persediaan awal untuk memperolehi Persijilan Amalan 5S pada masa akan datang.