Lawatan Kerja ke Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan Jabatan Audit Negara.

Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan satu lawatan kerja ke Sektor Audit Badan Berkanun Jabatan Audit Negara pada 30 Mac 2012 (Jumaat). Seramai 14 orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada Ketua Audit Dalam iaitu En. Ishak bin Md. Saboo, Juruaudit Dalam Kanan iaitu En. Jamali bin Shamsuddin, Juruaudit Dalam iaitu En. Azman bin Mohd Nor, Pn. Nor Sabarina binti Mohd Yunus dan Pn. Norsalwa binti Mohamad Jaafar, Penolong-penolong Juruaudit dan Pembantu-pembantu Juruaudit. Objektif lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman daripada Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Jabatan Audit Negara mengenai program pengauditan yang telah/akan dijalankan, bertukar-tukar pandangan berkaitan bidang tugas audit masing-masing, berbincang mengenai perkembangan dan teknik-teknik terkini dalam bidang pengauditan yang diamalkan di peringkat global dan meluaskan rangkaian serta mengeratkan hubungan antara Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Jabatan Audit Negara dengan Unit Audit Dalam UKM. Diharapkan lawatan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan supaya UAD UKM dapat menjalinkan lebih banyak hubungan kerja sesama pihak luar bagi berkongsi pengalaman dan menambahbaik mutu kerja agar lebih efektif dan efisien pada masa hadapan.