MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UAD 2024

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis sambutan hari raya Unit Audit Dalam UKM (UAD UKM) bagi tahun 2024 telah diadakan pada 03 Mei 2024 (Jumaat) bertempat di Pejabat UAD UKM. Pada tahun ini pihak penganjur (Jawatankuasa Badan Kebajikan UAD) telah menjemput Ahli Jawatankuasa Audit (JKA), mantan kakitangan UAD, kakitangan KITA dan Kolej Keris Mas (KKM) serta rakan-rakan staf dari pusat tanggungjawab (PTJ) lain di dalam UKM. Majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah serta mendapat pujian daripada tetamu yang dijemput. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H disamping mengeratkan silaturrahim sesama warga UKM.
Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam UKM yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Kesungguhan yang ditunjukkan terbalas dengan kedatangan para tetamu dan kepuasan mereka menjamu juadah yang dihidangkan.