Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) – Fasa 2

Unit Audit Dalam (UAD) UKM telah mengadakan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) bagi tahun 2016 sebanyak 2 sesi – sesi pertama membincangkan aktiviti audit dan pentadbiran pada 15 dan 16 November 2016 (Selasa dan Rabu) bertempat di Bilik Seminar UNIKEB, Bangi Gateway. Manakala sesi kedua diadakan pada 14 dan 15 Mac 2017 (Selasa dan Rabu) bertempat di Bilik Bengkel CRIM, UKM bagi membincangkan mengenai pengurusan kualiti. Mesyuarat ini melibatkan semua kakitangan Unit Audit Dalam seramai 19 orang.

MSP Sesi 1 telah diadakan untuk melihat prestasi pencapaian UAD bagi aktiviti pengauditan dan pentadbiran sepanjang tahun 2016 bermula Januari hingga Oktober 2016. Selaras dengan Standard 2010 – Planning yang dinyatakan dalam International Standards For The Professional Practice of Internal Auditing, cadangan program pengauditan untuk tahun 2017 juga telah dibentangkan oleh setiap kumpulan berdasarkan penilaian risiko. Selain itu, perancangan peruntukan untuk tahun 2017 turut dibincangkan berdasarkan kepada aktiviti audit, kualiti dan pentadbiran yang dirancang. Agenda MSP untuk sesi 1 melibatkan perkara-perkara berikut :-

  1. Pembentangan prestasi kumpulan audit – tahun perancangan 2016
  2. Penilaian penambahbaikan yang telah dilaksanakan
  3. Penambahbaikan yang dirancang:
  4. Pelan perancangan audit tahun 2017
  5. Prestasi bajet 2016 & anggaran bajet 2017
  6. Keperluan aset, inventori & bekalan pejabat

 

MSP sesi 2 juga telah diadakan bagi melihat prestasi pencapaian pengurusan kualiti yang telah dilaksanakan di UAD UKM sepanjang tahun 2016 serta langkah-langkah kawalan, pencegahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan. Mesyuarat ini dijalankan bagi mematuhi kehendak klausa 9.3 dalam Malaysian Standard ISO 9001:2015 yang memerlukan semakan terhadap sistem pengurusan kualiti untuk memastikan ianya adalah sesuai, mencukupi, berkesan dan selari dengan arah tuju strategik UKM. Agenda MSP pada kali ini membincangkan perkara-perkara berikut:

  1. Laporan hasil audit;
  2. Pemantauan dan pengukuran untuk prosedur kerja umum dan prosedur kerja UAD;
  3. Laporan prestasi proses dan pematuhan terhadap produk dan perkhidmatan;
  4. Laporan ketidakakuran dan pembetulan;
  5. Laporan kepuasan pelanggan dan aduan pelanggan;
  6. Laporan penilaian prestasi pembekal;
  7. Semakan isu-isu luaran dan dalaman;
  8. Laporan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  9. Laporan pengurusan latihan;
  10. Laporan Jawatankuasa Dokumentasi;
  11. Laporan Jawatankuasa 5S;
  12. Laporan Jawatankuasa Laman Web;
  13. Laporan Jawatankuasa QAR;
  14. Penilaian keberkesanan risiko;
  15. Keperluan sumber untuk mengekalkan keberkesanan SPK; dan
  16. Peluang dan potensi untuk peningkatan.MSP 2016 telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi daripada mesyuarat tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Semakan Pengurusan peringkat UKM pada bulan April 2017. Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini.