MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN TAHUN 2024 UNIT AUDIT DALAM UKM

 

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Unit Audit Dalam bagi Tahun 2024 telah diadakan pada 4 Februari 2025 (Selasa) dan 5 Februari 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Pulse Grande Hotel, Putrajaya.

Tujuan MSP ini adalah bagi menyemak dan menambahbaik prestasi setiap Jawatankuasa yang terdapat di dalam Jawatankuasa Kualiti UAD sepanjang tahun 2024. Ini adalah selaras dengan kehendak Klausa 9.3 dalam MS ISO 9001:2015 yang menetapkan semakan terhadap sistem pengurusan kualiti perlu dilakukan untuk memastikan ianya adalah sesuai, mencukupi, berkesan dan selari dengan arah tuju strategik UKM yang terkini.

Agenda MSP pada kali ini membincangkan perkara-perkara berikut:

  1. Keperluan sumber untuk mengekalkan keberkesanan SPKPPP;
  2. Perubahan yang memberi kesan kepada SPKPPP;
  3. Cadangan penambahbaikan SPKPPP di UAD;
  4. Semakan senarai dan keperluan pihak berkepentingan SPKPPP;
  5. Semakan kesesuaian dasar kualiti dan objektif kualiti SPKPPP UKM;
  6. Laporan keberkesanan tindakan yang diambil terhadap peluang;
  7. Penilaian keberkesanan risiko – keberkesanan tindakan yang diambil terhadap penentuan risiko dan peluang;
  8. Laporan hasil audit /Penilaian kendiri;
  9. Laporan ketidakakuran dan pembetulan (CA);
  10. Laporan Jawatankuasa Dokumentasi;
  11. Laporan aduan dan maklum balas pelanggan;
  12. Laporan publisiti & latihan;
  13. Laporan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  14. Laporan Jawatankuasa EKSA;
  15. Laporan Jawatankuasa QAR;
  16. Laporan Jawatankuasa Laman Web; dan
  17. Laporan penilaian prestasi pembekal.

 

MSP ini melibatkan kesemua kakitangan Unit Audit Dalam seramai 18 orang dan telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi daripada mesyuarat ini akan diambil tindakan oleh kakitangan/jawatankuasa yang berkaitan. Terdapat juga hasil daripada mesyuarat ini yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Semakan Pengurusan peringkat UKM.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini.