PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN SYARIAH AUDIT
Pada 30 April 2025 (Rabu), satu sesi perkongsian ilmu berkaitan Syariah Audit telah disampaikan oleh Cik Puteri Norsya Wanie bt Raini (Pelajar Latihan Industri).
Sesi perkongsian ini menerangkan berkaitan pengenalan kepada audit syariah, perbezaan nyata diantara syariah audit dan audit dalaman, objektif utama pelaksanaan audit syariah dan terma rujukan yang digunapakai. Penekanan juga turut diberikan ke atas pelaksanaan proses audit syariah serta kaedah pelaporannya.
UAD UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Puteri Norsya Wanie bt Raini di atas sesi perkongsian ilmu yang diberikan. Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini.
