Program Taklimat Bersama Datuk Nasir (Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM) Bagi Tahun 2017

 

Program Taklimat Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM (YBhg. Datuk Mohd Nasir Bin Ahmad) bagi Tahun 2017 telah diadakan pada 25 Januari 2017 (Rabu) di Bilik Majlis, Aras 5 Bangunan Canselori bermula pukul 9.30 pagi sehingga 11.00 tengah hari. Kumpulan sasaran bagi taklimat ini adalah Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat secara langsung dalam Program Tahunan Audit 2017

 

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pemahaman serta kesedaran kepada pihak auditi mengenai peranan Unit Audit Dalam dan proses pengauditan yang dijalankan serta kerjasama yang perlu diberikan oleh auditi dalam membantu melancarkan proses pengauditan. Di samping itu, YBhg. Datuk Mohd Nasir Bin Ahmad turut menerangkan amalan terbaik dalam pengurusan sesebuah organisasi yang dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi.

 

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diberikan kepada YBhg. Datuk Mohd Nasir Bin Ahmad di atas kesudian meluangkan masa menyampaikan taklimat tersebut. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada semua Ketua PTJ/wakil yang telah sudi hadir ke sesi taklimat berkenaan. Semoga taklimat ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang yang mampu menjadi wadah penghubung diantara UAD dengan PTJ-PTJ di UKM ke arah kecekapan dan keberkesanan proses governan, risiko dan kawalan dalaman Universiti.