Anugerah Tempat Kerja Selamat Peringkat UKM

Unit Audit Dalam UKM telah berjaya memenangi tempat pertama (1) kategori pentadbiran : Pusat dan Jabatan dalam Anugerah Tempat Kerja Selamat, Lestari & Kondusif 2017 yang telah diadakan di Dewan Persidangan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM), UKM pada 11 Oktober 2017 (Rabu). Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) yang menggantikan Naib Canselor, YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Sri Dr. Noor Azlan Ghazali yang tidak dapat hadir disebabkan urusan di luar negara.

Semoga semua warga Unit Audit Dalam dapat mengekalkan prestasi pencapaian ini untuk tahun-tahun yang akan datang.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA UAD  !!!