TAKLIMAT GLOBAL INTERNAL AUDIT STANDARDS
Global Internal Audit Standards yang telah dikeluarkan pada 09 Januari 2024 oleh The Institute of Internal Auditors (IIA) bagi menggantikan International Professional Practices Framework (IPPF) 2017. Global Internal Audit Standards (GIAS) bukan sahaja mengambil kandungan yang terdapat dalam International Professional Practices Framework (IPPF) 2017, malahan menggabungkan mandatory guidance IPPF, Code of Ethics, Core Principles for the Professional Practice of Internal Auditing, Definition of Internal Auditing, dan Mission of Internal Audit. Struktur GIAS adalah meliputi 5 Domain, 15 Standards dan 52 Principle.
Selaras dengan perubahan Standards tersebut, satu sesi taklimat telah dianjurkan oleh Unit Audit Dalam (UAD) UKM untuk menerangkan tentang Standards GIAS yang baharu pada 06 Mei 2025 (Selasa) bertempat di Galaxy Hall, Aras 2, Bangunan ASSC, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Norhayati Baharuddin kepada kakitangan Unit Audit Dalam UKM yang terlibat dengan pengauditan. Selain itu, UAD UKM turut menjemput kakitangan Audit Dalam dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merupakan universiti yang telah dibuat penilaian luar oleh pihak IIAM bersama UAD UKM pada tahun 2023 untuk bersama-sama dalam sesi taklimat ini.
UAD UKM berharap taklimat yang disampaikan dapat memberi input kepada semua kakitangan UAD di UKM, UPM dan UiTM untuk mengorak langkah bagi memenuhi keperluan Standards tersebut.


