Taklimat GST

0-0-cukai-gst

Sesi Perkongsian Ilmu Zon Tengah telah diadakan pada 10 Mei 2016 (Selasa) dengan tajuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST.Seramai 32 orang kakitangan daripada pelbagai Universiti (UKM, UM, USIM, UiTM dan UPM) turut menyertai sesi taklimat yang diadakan di Bilik Kursus 1, Aras 6, Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas.

Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan penerangan yang jelas berkaitan GST kepada individu dan khasnya sebarangpenglibatanaktiviti  yang berlaku di Universiti Awam.

Taklimat ini diberi selama 3 jam oleh pihak yang berpengalaman serta berpengetahuan dalam bidang tersebut iaitu Tuan Mohd Zaidilharis Bin Mohd Yusof (Penguasa Kastam, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia). Perbentangan adalah meliputi dua tajuk kecil iaitu GST Treatment on Education dan Accounting For Tax.

Pihak Audit Dalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Mohd Zaidil di atas penerangan yang diberikan serta berterima kasih kepada peserta yang menghadiri taklimat tersebut. Pihak audit berharap sesi ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang seterusnya mendapat sokongan dan penyertaan yang lebih menggalakkan.